Instagram




Saturday, March 30, 2013

21 Mac, Tarikh Keramat Bagi Lepasan SPM 2012 [ PART 2 ]


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua~

Yeah! Sudah tiba masanya untuk aku ceritakan pasal 21 Mac, Tarikh Keramat Bagi Lepasan SPM 2012 bahagian yang terakhir : Part 2. J

Ouke, apa yang bakal aku ceritakan ini adalah sesuatu yang telah berlaku.. ( Mestilah.. :P ) Ini adalah cerita lepas aku dapat result dan keluar daripada sekolah tu. Hehe. Mengikut perancangan sebenar, aku dan Miss Hadizah nak buat reunion pada hari itu juga ( 21.03.13 ) Tup2, masalah lain pula datang. Ramai yang tak dapat datang dan kebanyakannya semuanya agak sibuk dengan sendiri. Tapi, tak pe. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang boleh menentukannya ~

Selepas aku ambik result, aku ‘hang-out’ dulu an Miss Hadizah ~ Miss Afifa a.k.a Kak Pypot terpaksa mengundurkan diri untuk berkhidmat di kedainya. Kitaorang berborak panjang. Biasalah, kalau lama tak bersua muka nih. Tak lama lepas tuh, bebudak sekolah menengah menamatkan sesi P&P nya. Dengan itu, Miss Hadizah pula meminta izin untuk pergi ( Cewahh, pahal pula dengan bahasa aku kali ni ya? ). Akhirnya, tinggal aku keseorangan menunggu kedatangan ‘driver’ ku. ( Van Sapu derr.. ) hehe..

Syukur, Alhamdulillah, aku mempunyai teman untuk meluangkan masaku di Bumi Tibow ini sebelum pulang ke rumah. Sebelum itu, kitaorang berjumpa di KFC. Kebetulan, waktu lunch.. So, aku lunch an diorang nih.

Meh tengok gambar2 bawah ni.. Banyak gelagat yang dapat disaksikan~ Hahaha


"Aku nang Kacak, nak?"
Mamat ni namanya, Mohd Effy Noraffandi ( Kalau nak cari kat FB, senang jer, taip jer nama tu ) Hehe~
Effy, kawan aku dari sekolah rendah lagi [ dari kecik dah~ ]

"Muahhh!!"
Ni pula, kawan baik si Effy, namanya Saimi Ahmad. Kenalan semasa sekolah menengah

Selain dua orang jejaka nih, aku juga ditemani dengan sepasang ‘suami-isteri’.. Hehe.. Masa makan pun, sempat lagi nak ‘snap’2 pics nih. Golongan yang suka bergambarlah katakan. Kitaorang lah tu..

"Sweet gilerr"
Diorang ni dah lama ‘couple’ J Syukur, beginilah jadinya. Pihak lelaki nih, kawan sejak sekolah rendah, namanya Hillarence dan makwe dia namanya, Buran. Makwe die nih, teman aku sejak sekolah menengah.. Hehe

Antara gelagat2 yang sempat diambil semasa makan tengahari :




Selepas makan, kitaorang pergi jalan satu Bandar nih. Hasrat Effy untuk membeli jam tangan baru pun dah tercapai jugak. Hehehe. Masing2 ada barangan yang ingin dbeli. Hehehe..

Oukeh, tanpa membuang masa, selepas shopping nih, kitaorang bertandang ke KBOX.. 1 hour only. For the first time juga nih, gi karaoke an kawan2. Seronok betul diorang..

"Kamu!! Yeah~~!"
Karaoke macam tak ingat dunia mamat nih

Selepas berkaraoke, nih kerja gilerr diorang. Ambik gambar sendiri!

"Peace!"

Gambar yang aku ambik untuk diorang : 




Akhirnya, kitaorang pun balik. Sebelum balik, kitaorang smpat juga ambik gambar. Snap by adik kepada Hillarence tadi. Untuk rujukan, sila tengok yang Effy ambik tu. Budak lelaki yang bawah tu, namanya Hillary. Dial ah yang ambik kitaorang otw nak balik ni. Thanks, ‘Laja’ – Nickname.




Ouke, guys. That’s all from me. Alhamdulillah, siap juga part terakhir ni. Len hari aku update lagi. Lepas ni, aku nak update pasal aku spend time an Grandparent aku + my other relatives yang datang bertandang ke rumah kami dalam minggu ini (27 ~ 31.03.13). Tunggu Bulan depan ya..

P/s: Baru dapat pendrive (gambar2 nih ) hari ni.. Sebab tu, aku baru dapat update. :)

Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik

30.03.13


Saturday, March 23, 2013

21 Mac, Tarikh Keramat Bagi Pelajar Lepasan SPM 2012 [PART 1]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua~

Hai, kita bersua lagi dalam lebaran yang baru. Ehhe.. Kali ni, aku nak share pasal pengalaman aku semasa nak ambik result SPM hari ni (21.03.13).

“Nervous gilerr” – ayat yang selalu kengkawan aku guna termasuk aku.

Sapa tak gementar bila nak ambik keputusan peperiksaan, lebih-lebih lagi, SPM~ wuu.. “Seram doe” Hehe..

Oukeh, pagi ni, macam biasa, bangun awal. Kira jam 7.45 pagi, aku dan geng lepasan SPM kat area perumahan nih pergi ke Bus Stop yang berhampiran. Mujur aku hafal jadual bas lalu-lintas area perumahan nih dan kitaorang pun dapat naik bas tu jam 8 ‘sharp’. Hahaha.

Perjalanan menuju ke “Tibow Town” ni mengambil masa selama SATU jam jerr. Kalau pakai kereta, lagi cepat sampai. Hehe. Then, bila dah sampai terminal, aku contact ler kengkawan aku. Tanya dah sampai sekolah ke belom. In the end, aku pergi ke kedai “Bakery’ dulu sebelum pergi ke sekolah. ( Beli gula2 untuk kurangkan rasa gementar, hehe )

Pastu, baru aku pi sekolah an kengkawan aku. Sampai kat sekolah kira2 jam 9.40 pagi. Masih ada 20 minit lagi untuk menunggu keputusan SPM ni. ( DUP-DUP-DUP ) Tapi, bila jerr sampai kat sekolah tue, perasaan nervous nih hilang sementara. Haha. Ini semua gara-gara enjoy dapat berjumpa an rakan-rakan yang len. Lebih-lebih lagi bila dapat jumpa an Geng Gila2.

At the same time, aku dah serahkan barangan khas tu kepada si ‘Dia’. Btw, nampak smart pulak si ‘Dia’ tadi. Rindu la pulak~ Hahaha  Oukeh, yang berlalu tu, biarkan berlalu~ ( ceh! )

Meh aku kenalkan Geng Gila2 nih, kitaorang ni ada empat orang sebenarnya. Tapi, sorang tue, tak dapat datang cuz dia masih kerja ( Tak dapat mohon cuti awal ) So, hanya ada tiga orang jer yang berkumpul termasuk aku.. 

Tak ready lagi nih! Aku pula dah tersenyum lebar.. Hahaha
Yang rambut pendek tue pun Geng Gila2 jugak.. Joe nama manjanya - berbeza dengan nama sebenarnya.. hehe
Dua orang wanita ayu ni pantang tengok camera sebenarnya. Kalau aku ada, gerenti akulah yang akan menjadi ‘Jurugambar’ nya. ( Aku tak kisah, aku suka juga nak ambik gambar ni, hehe )

Senyum!  Eh, siapa yang di belakang tu!
Yang serba kuning ni, Miss Hadizah, Si Genius kelas aku dulu~ Sekarang ni, nak jadi Ustazah ( Aku doakan untuk kau ye ) Amin Ya Robbal Alamin~
Yang berselendang biru ni, Miss Afifa a.k.a Kak Pypot, Si Tinggi Lampai~, kerap juga dipanggil Tiang Lampu ( Ish3x ) Sabor jelah~ 

 JAM 10.20 pagi ( aku agak2 jer )

Result pun terpampang kat Papan Kenyataan. Mula-mula check, aku tengok aku cuma dapat 1A jerr. ( Dah nak menitis air mata ni ) Aku bagitau lah an kawan aku sorang nih, Miss ‘Mahew’. Tepuk bahu. Then, dia kata dia dapat 5A ( belum pasti ada +,-, .) Aku ucap Congrats kat Miss ‘Mahew’. Hepi tengok kawan dapat result baik. Tapi, dia pesan kat aku supaya tengok sekali lagi. Then, aku tengoklah sekali lagi. Alhamdulillah, rupa2nya, ada 2 lagi A. Hehe. ( Happy balik ) Yang len2, boleh lah. Syukur, semuanya lulus.

Lepas tu, aku tanya an Geng Gila2 nih. Result pun boleh tahan. Yang len2 pun ouke. LULUS~ Tapi, aku ada juga tengok2 result si ‘Dia’. ‘Cantik’ betol lah result ‘Dia’. Just kurang 1A dari aku. Aku ada jugak ucap ‘Congrats’ kat ‘Dia’. Awkward betol bila nak cakap kat ‘Dia’. Hahaha. ( Baru jumpa lepas broke up )

Lepas tengok result, kitaorang nak kena tunggu lagi slip SPM dan sijil yang len2. Nak tengahari, baru dapat ambik. Walau apapun, aku rasa hepi tengok result aku. Aku syukur dengan apa yang aku perolehi. Alhamdulillah~

Dengan ini, Terima kasih aku ucapkan kepada semua tenaga pengajar di SMK THREE RIVERS di atas semua ilmu yang dicurahkan kepada aku dan rakan-rakan yang lain selama kami bersekolah di sana. 
Terima Kasih, Cikgu.

Kepada Rakan2 aku yang lulus cemerlang tu, aku ucapkan TAHNIAH. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan risau~ Ini bukan penghujungnya. Ada banyak halangan lain yang perlu kita tempuhi di masa hadapan. 

Gagal sekali, bukan beerti kita gagal selamanya, bukan? Ada masanya, kita berada di bawah, ada masanya, kita berada di atas. Yang Pastinya, semua ini datang daripada usaha kita dan URUSAN yang MAHA Esa.. 

Ouke, guys. That’s all from me. Baru part 1. Len hari aku update lagi. Tunggu PART 2, ouke. 

Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik

21.03.13