Instagram




Wednesday, December 11, 2013

Keputusan Temu Duga Untuk Latihan Separa Perubatan SPA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hai ! Hai ! Dan Hai sekali lagi ! Hehe . Korang dah baca kan tajuk entri aku kali ni . Entri baru di bulan terakhir di tahun 2013 . Fuhh , tak lama lagi nak masuk tahun baru . Huhu . Baiklah , kali ni aku kongsi pasal keputusan temu duga yang aku hadiri pada hujung bulan okteber yang lalu . 

Keputusan temu duga ni dijangka akan keluar pada 9 haribulan Disember 2013 . Tapi , berlaku sesuatu yang tak disangkakan .

Pada 5 haribulan Disember yang lalu , seperti biasa , jika aku ‘online’ , perkara pertama yang akan aku buat ialah buka email aku . Mana tau ada email dari kengkawan dan  lain-lain . Tup-tup , aku terima satu email dari SPA . ( Muka Excited Gilerrrr + Nervous depan Lappy !! )

“ Eh ? Result SPA dah kuar ke ? “ bisik dalam hatiku .

Setahu aku ,result akan keluar pada 9 haribulan nante .Tapi , kenapa awal ow ? Walau apapun , tahap curiousity aku dah makin naik dan aku terus click email tersebut .

Bila aku ‘click’ email , Ya ALLAH ! Terkejut betul aku dibuatnya . Alhamdulillah , aku telah berjaya dalam temuduga tersebut . Diorang tawarkan Latihan Penolong Pegawai Perubatan . Aku rasa happy sangat dan terus peluk mak !

Mak pun happy jugak .  Lepas tu , aku gitau Abah . Bersyukur betul dapat peluang macam ni . Lepas check kat email , aku terus pergi ke portal rasmi SPA . Nak kepastian lagi .  Aku masukkan nombor kad pengenalan dan waallllaaaa ! !

Alhamdulillah , keputusannya sama seperti di email tadi . Masalahnya , aku masih tak tahu di mana aku akan ditempatkan nanti . Tapi , aku rasa aku akan ditempatkan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Kuching nanti . Al – maklumlah , aku merupakan calon Sarawak seperti yang dinyatakan dalam email tadi . Hehe .



Ha ! Ni lah yang aku dapat semasa check kat portal SPA . Aku dapat latihan yang aku inginkan . Mencapai Target !

Dalam kegembiraan kerana dapat tawaran SPA , dalam hati ni terselit juga rasa sedih . Dalam kami empat sekawan ( classmates ) , kawan aku , Miss Prisillia tak dapat tawaran seperti aku dan rakan aku yang sorang lagi , Miss Lyana . Dia dicalonkan sebagai calon simpanan . Nampaknya , tinggal Miss Prisillia dan Miss Adelyn dalam meneruskan perjuangan di Tingkatan 6 hingga ke akhirnya tanpa aku dan Miss Lyana .

Kengkawan aku yang len , Mr Danial Hafiz , dll , tidak Berjaya dalam temu duga diorang . Korang , kalau korang terbaca blog / entri aku ni , korang jangan give up keyh ! Gagal sekali bukan gagal selamanya . Mungkin bukan rezeki korang kali ni . Tapi , korang boleh cuba lagi . Aku tunggu korang okayh !

Baiklah , rasanya ini sahaja buat masa ini . Harap korang terhibur . Terima kasih kerana sudi membacanya . Jumpa lagi dan Assalamualaikum .

~Amal~ Si Budak Kecik

10.12.13


P/s : Nampaknya aku akan berhenti sekolah dan tak masuk sekolah tahun depan . Jawatan aku sebagai Ketua Pengawas Perempuan Asrama terpaksa aku lepaskan . Aku juga akan rindukan kawan-kawan aku di sekolah tu . Bukan kawan-kawan saja , malah guru-guru di sekolah tersebut pun akan kurindui . Maafkan anak muridmu ini kerana tidak berjuang menghabiskan pengajian di tingkatan 6 , Cikgu . Doakan aku berjaya hingga ke akhirnya ! Assalamualaikum dan salam sejahtera .  

No comments:

Post a Comment