Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!
Seperti yang anda
baca di atas , entri kali ini mengenai temuduga untuk Latihan Separa Perubatan
di bawah tajaan SPA . Hehe . Bukan senang nak dapat tau . Aku yang dapat
panggilan temuduga ni rasa bersyukur sangat ( Alhamdulillah ) dan pada masa
yang sama , ada la juga rasa gementar tu . Hehe . Bukan apa , ni adalah FIRST
TIME aku dipanggil dan menghadiri untuk ditemuduga . Satu lagi sebab aku
gementar masa nak menghadiri temuduga adalah aku tak da masa yang cukup untuk
buat research mengenai latihan separa perubatan yang aku pilih . Ini semua
kerana seminggu sebelum tarikh temuduga , aku mengikuti KEM KETOKOHAN MURID
ASRAMA Peringkat Negeri bagi Kategori Menengah Atas Perempuan . Sibuk
sangat-sangat !
Pada 31 Oktober yang
lalu , aku telah menghadiri temuduga untuk Latihan Separa Perubatan . Aku telah
ditawarkan 7 jenis kursus Latihan Separa Perubatan (Diploma – U29 ) :
1 . Latihan Penolong
Pegawai Perubatan (PPP)
2 . Latihan Jururawat
3 . Latihan Penolong
Pegawai Farmasi
4 . Latihan Juru
X-ray
5 . Latihan Jurupulih
Perubatan Anggota
6 . Latihan
Juruteknologi Makmal Perubatan
7 . Latihan Penolong
Pegawai Persekitaran
Diorang dah inform
awal-awal . Aku dapat panggilan temuduga ni melalui surat , email dan juga SMS . Masa aku dapat tahu yang aku
kena panggil untuk ditemuduga , aku cuma ada masa 2 minggu ja untuk buat
persediaan . Memang gilerr lah sangat ! Tapi , excited lah juga . Bukan apa , bukan
aku sorang jerr yang dipanggil untuk temuduga ni . Kengkawan aku yang lain-lain
pun dapat juga . Ramai la jugak . Ehee .
Okeh ! Antara 7
kursus latihan yang ditawarkan , aku telah memilih Latihan Penolong Pegawai
Perubatan (PPP) atau lebih dikenali sebagai Medical Assistant (M.A) atau
Assistant Medical Officer (AMO) atau dalam bahasa klisenya , Dressar ( Wow ,
gitu ! ) sebagai pilihan Pertama aku . Kemudiannya , diikuti dengan latihan
Jururawat , Penolong Pegawai Farmasi , Jurulatih Perubatan Anggota dan Juru
X-ray . ( Aku dapat 7 pilihan , so , kena pilih 5 – ikut borang )
Kalau nak diikutkan
kata hati ni , sebenarnya , aku nak pilih Penolong Pegawai Farmasi . Sebabnya ,
aku minat bidang farmasi ni . Tapi , aku terpaksa korbankan dan memilih M.A .
M.A pun oke jugak . Hehe .
Sebelum aku nak
menghadiri Temu Duga , aku kena menghadiri peperiksaan khas . Semuanya ada
tercatat di Surat Panggilan Temu Duga . Soalan dia senang jerr dan semua
berkaitan dengan diri anda sendiri . Soalan yang diberikan ni tiada yang betul
dan salah . Peperiksaan ni sebenarnya untuk mengenali pasti kecenderungan kita dari segi bidang
kerjaya yang kita sendiri minati . Untuk pengetahuan korang , soalan ni , aku
pernah jawab soalan ni masa kat sekolah Menengah . Ujian Personaliti ( HAH !
Itu dia . Baru aku ingat ! )
Lepas peperiksaan
tamat , bermulalah sesi Temu Duga ! ( Mula la , rasa gementar tahap gilerrr nak
mampus ! ) Hehe . Tapi , pada hari tu , aku agak beruntung sebab aku adalah
orang ke-dua yang terakhir untuk ditemuduga . Kitaorang ada 20 orang ja yang
datang untuk Temu Duga tu . So, aku adalah orang yang ke-19 . Hehe , aku lambat
datang sebenarnya dan nasib baik , sempat ! ( Ada traffic jam , oke ! )
Sementara menunggu
giliran , aku berkenalan la dengan calon-calon yang lain . Ada kelebihan juga
jika jadi antara orang yang akhir ditemuduga . Nak tau kenapa ? ( Muahahahaha !
*evil laugh jap* ) Sebabnya , kita boleh dapat ‘hint’ daripada calon yang dah
ditemuduga . Lebih-lebih lagi kalau diorang ambik kursus yang sama . Tapi ,
masa aku pergi Interview tu , ramai yang pilih NURSE . Sikit jerr yang ambik
sama dengan aku ni . Tapi , tak pa lah .
Setelah beberapa jam
menunggu dan orang pun dah ramai yang balik , kini tibalah masa aku pula untuk
ditemuduga ! ( KYAAAA !!!!!! Ya , Allah , berikanlah kekuatan kepada Hamba-Mu
ini untuk berhadapan dengan semua ini – doa dalam hati ) Tepat jam 2 , aku pun memasuki bilik
temuduga tersebut .
Perkara yang aku buat
masa tu adalah ; ( Boleh juga dijadikan TIPS untuk korang yang membaca entri
aku nih – Yang bakal menghadiri Temu Duga ) hehe !
1 . Ketuk Pintu ( Pssstt
, Sebenarnya , aku hampir terlupa nak ketuk pintu . Lupa den ! )
2 . Pulas tombol
pintu dan masuk dengan senyuman ( jangan senyum kambing , oke ! Hehe ) dan tutup pintu dengan kemas .
3 . Ucap selamat kat
penemuduga . ( Assalamualaikum ke , Selamat Pagi ke , apa-apa ja yang sesuai .
Haha ! )
4 . Bagi resume dan
fail anda kepada penemuduga ( Sentiasa senyum ! Tunjuk muka CONFIDENT korang !
)
5 . Jangan duduk
selagi diorang tak suruh . ( Disiplin sikit )
6 . Lepas dapat duduk
tu , jangan duduk macam bersantai kat umah ye . Duduk tegak dan kaki tu kalau
boleh , jangan banyak bergerak !
7 . Jawab dengan
yakin walaupun anda tak tahu dan berterus-terang! Sekurang-kurangnya , korang
Nampak CONFIDENT !
Oke ! Tu antara tips
yang aku dapat dan buat masa interview tu . Aku dapat temu duga kat PUSAT TEMU
DUGA , SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA CAWANGAN SIBU . So , para
penemuduga kat sana memang sempoi gilerr . Aku tak rasa nervous bila ditemuduga
. Rasa tenang ja , tak da pressure walaupun aku hanya dapat buat research 11/2 hari sebelum temuduga tu . Soalan pun boleh tahan .
Oh ya ! Benda wajib
yang perlu diketahui ! ( Pendapat aku jerr laa dan berdasarkan pengalaman aku )
. Korang perlu tahu ,
1 . Siapakah Menteri
Kesihatan , Timbalannya dan sewaktu dengannya .
2 . Pengetahuan Am –
Contohnya , bunga raya ada berapa kelopak , rukun Negara dan lain-lain
3 . Bidang tugas yang
dipilih ( Macam aku , aku perlu tahu apakah tugas M.A dan sebagainya )
4 . Serba sedikit Isu
Semasa ( Bajet 2014 dll )
5 . Pasal perubatan !
( Kesihatan , fungsi organ itu , ini , dll )
Dalam erti kata lain
, SEMUANYA PENTING ! So , better buat research awal-awal bak kata “Dia” Haha !
Bah , itu sahaja buat
masa ni . Nanti , kalau aku ada info laen , aku akan post lagi . Semoga korang
dapat manfaat daripada blog aku ni . Terima kasih kerana sudi membacanya . Jumpa
lagi dan Assalamualaikum .
~Amal~ Si Budak Kecik
02.11.13
P/s : Sekarang ,
semuanya dah lepas . So , mood aku sekarang ialah fokus untuk STPM Semester 1 .
Tapi , sementara tu , berdebar juga tunggu result temuduga nih . Ianya dijangka
keluar 9 hb 12 ni . Aku berdoa sangat aku dapat nanti . Terjamin juga masa
depan . Belajar-belajar dan terus kerja . Kalau dapat , aku mseti belajar
sungguh-sungguh . Korang doakan aku ya . TQ . Assalamualaikum .