Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!
Hai ! Hai ! Dan Hai
sekali lagi ! Hehe . Korang dah baca kan tajuk entri aku kali ni . Entri baru
di bulan terakhir di tahun 2013 . Fuhh , tak lama lagi nak masuk tahun baru .
Huhu . Baiklah , kali ni aku kongsi pasal keputusan temu duga yang aku hadiri
pada hujung bulan okteber yang lalu .
Keputusan temu duga ni dijangka akan
keluar pada 9 haribulan Disember 2013 . Tapi , berlaku sesuatu yang tak
disangkakan .
Pada 5 haribulan
Disember yang lalu , seperti biasa , jika aku ‘online’ , perkara pertama yang
akan aku buat ialah buka email aku . Mana tau ada email dari kengkawan dan lain-lain . Tup-tup , aku terima satu email
dari SPA . ( Muka Excited Gilerrrr + Nervous depan Lappy !! )
“ Eh ? Result SPA dah
kuar ke ? “ bisik dalam hatiku .
Setahu aku ,result
akan keluar pada 9 haribulan nante .Tapi , kenapa awal ow ? Walau apapun ,
tahap curiousity aku dah makin naik dan aku terus click email tersebut .
Bila aku ‘click’
email , Ya ALLAH ! Terkejut betul aku dibuatnya . Alhamdulillah , aku telah berjaya
dalam temuduga tersebut . Diorang tawarkan Latihan Penolong Pegawai Perubatan .
Aku rasa happy sangat dan terus peluk mak !
Mak pun happy jugak
. Lepas tu , aku gitau Abah . Bersyukur
betul dapat peluang macam ni . Lepas check kat email , aku terus pergi ke
portal rasmi SPA . Nak kepastian lagi . Aku
masukkan nombor kad pengenalan dan waallllaaaa ! !
Alhamdulillah ,
keputusannya sama seperti di email tadi . Masalahnya , aku masih tak tahu di
mana aku akan ditempatkan nanti . Tapi , aku rasa aku akan ditempatkan Kolej
Sains Kesihatan Bersekutu di Kuching nanti . Al – maklumlah , aku merupakan
calon Sarawak seperti yang dinyatakan dalam email tadi . Hehe .
Ha ! Ni lah yang aku
dapat semasa check kat portal SPA . Aku dapat latihan yang aku inginkan .
Mencapai Target !
Dalam kegembiraan
kerana dapat tawaran SPA , dalam hati ni terselit juga rasa sedih . Dalam kami
empat sekawan ( classmates ) , kawan aku , Miss Prisillia tak dapat tawaran
seperti aku dan rakan aku yang sorang lagi , Miss Lyana . Dia dicalonkan
sebagai calon simpanan . Nampaknya , tinggal Miss Prisillia dan Miss Adelyn
dalam meneruskan perjuangan di Tingkatan 6 hingga ke akhirnya tanpa aku dan
Miss Lyana .
Kengkawan aku yang
len , Mr Danial Hafiz , dll , tidak Berjaya dalam temu duga diorang . Korang ,
kalau korang terbaca blog / entri aku ni , korang jangan give up keyh ! Gagal
sekali bukan gagal selamanya . Mungkin bukan rezeki korang kali ni . Tapi ,
korang boleh cuba lagi . Aku tunggu korang okayh !
Baiklah , rasanya ini
sahaja buat masa ini . Harap korang terhibur . Terima kasih kerana sudi
membacanya . Jumpa
lagi dan Assalamualaikum .
~Amal~ Si Budak Kecik
10.12.13
P/s : Nampaknya aku
akan berhenti sekolah dan tak masuk sekolah tahun depan . Jawatan aku sebagai
Ketua Pengawas Perempuan Asrama terpaksa aku lepaskan . Aku juga akan rindukan
kawan-kawan aku di sekolah tu . Bukan kawan-kawan saja , malah guru-guru di
sekolah tersebut pun akan kurindui . Maafkan anak muridmu ini kerana tidak
berjuang menghabiskan pengajian di tingkatan 6 , Cikgu . Doakan aku berjaya
hingga ke akhirnya ! Assalamualaikum dan salam sejahtera .