Instagram




Wednesday, January 30, 2013

BTS, Maid Maiden: Sunday



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera! Hai! ^_~ Kali ni, aku nak share pasal satu novel grafik bersiri yang amat aku suka dan baru aku beli hari ni ( 28 Januari 2013 )+ di sebalik tabir ketika aku membeli buku. Haha..  Tajuk novel grafik tu ialah Maid Maiden karya Kaoru. Hari ni, aku beli buku yang terakhir yang berjudul Maid Maiden: Sunday. Sebenarnya, siri yang terakhir ni dah mula ada kat pasaran pada bulan Disember tahun 2012.

Oleh sebab aku ni jarang keluar, aku tak dapat nak cari buku tu tahun lepas, aku tak beli la. Lagipun, kekadang susah nak cari sebab tak banyak buku tu dijual kat area ni. Limited edition la katakan. So, aku ni, kira beruntung la dapat jumpa buku terakhir tu walaupun lambat sebulan. Sebenarnya, kawan karib aku yang inform kat aku yang dia jumpa buku tu ( Thanks, Be-pu ). Haha..

Hari ni, banyak juga benda yang terjadi pada aku ni. Hari ni, aku minta cuti kerja( in the end, aku hanya off half-day ). So, aku gi bandar kejap. Lagipun, dah plan nak berjumpa an kengkawan aku [ Miss Hadizah Talip “Miss Genius”, Cik Afifa Afiza “Kak Pypot”, Miss Prisillia Debra “Mahou” ( means MAGIC )dan laen2 lagi ] + nak ambik slip PMR aku yang original dan sijil kk. Tahun lepas, tak ingat nak ambik ( lupa lepas last exam – Bio ) Haha. Okay, berbalik pada cerita aku gi bandar ni. Pagi2 tu, aku dah bersiap. Pas tu, naik bas dan tiba di destinasi pada jam 9.20 pagi. Aku contact lerr an teman aku [ “Miss Genius” ] ni, tanya samaada dia dah sampai sekolah atau belum. Jawapannya: BELUM.. Kyaa!! Kengkawan laen tak dapat datang + ada juga yang tak dapat dicontact ( Busy agaknye )

Okeh! Gara-gara plan tak berapa nak menjadi, aku pun terus buang masa kat bandar tu, gurau jerr. Aku terus la jalan-jalan satu bandar untuk cari buku tu. Tup-tup, kedai pertama yang aku kunjungi, aku nampak buku tu terselit di celah2 antara buku2 yang laen. *Senyum* Apa lagi, tangan ni terus lah ambik buku tu. Belek2 jap ( Dalam hati, hepi gilerr ). Pas tu, cari benda laen. Dah puas menggeledah barang2 kat lam kedai tu, aku terus pi bayar. Bersinar-sinar mata ni tengok benda tu dah ada kat lam genggaman. Ahaha.

Sementara menunggu teman aku, aku duduklah kat kerusi yang disediakan. Untuk hilangkan rasa bosan, dengan selambanya, aku ambik buku tu dan terus baca. Masa tengah baca novel grafik tu, aku ada juga perhatikan sekeliling. Tanpa sebarang perancangan atau apapun, aku terjumpa pula schoolmates dulu. Tegur2 lah juga. Gembira jugak la. Tak lama pas tu, jumpa pula an senior aku dulu. Dia an geng dia lah ( lepasan STPM bha ). Tak terkata dan hanya lambaian tangan ni yang menjawabnya. Ahak! Pas tu, sambung baca la..sampai habis!

Perasaan ketika membaca siri yang terakhir ni, bercampur-baur. Entahlah. Haha. Cian jugak kat Alivia ni, tak kena peduli an boifren dia ni. Entah masih berhubungan ke tidak. Bennet ni pun satu, mengaku je lah. Ni tak, pendam ja n minta tolong orang laen pula. Tapi kan, ending siri ni memang best. Aku suke sangat2. Walaupun enam tahun tak berjumpa ( tak contact langsung ), akhirnya diorang dapat juga bersama. Salute lah kat Kaoru! Hope ada lagi cerita yang best2. Ehehe.

Tak lama pas habis baca buku ni, teman pun datang jemput. Pi sekolah dan laen2. Best sesangat cuz dapat jumpa walaupun dia sorang jerr - Miss Hadizah Talip o Ustazah. Keseluruhannya, hari ni best. Dapat jumpa buku yang dicari selama ni, jumpa schoolmates + senior + kengkawan aku + belajar driving an Abah ( waktu malam ) haha.. Seram.. Haha.. ( Tak de ide lagi )

So, that’s all for now. Laen masa, aku update lagi. TQ. Wassalam~

p/s: facing the day with smile.. Smile always, friends.


---------------------------------------------------------

To: Miss Ustazah Hadizah Talip “Miss Genius” lah sangat..

Peace!
Thanks cuz temankan aku hari ni ( 28 Januari 2013 ) Laen masa, kalu betul kita nak plan jumpa an geng laen, aku nak balas jasa kau. Jangan lost contact!

~Amal~ Si Budak Kecik



28.01.13

Thursday, January 24, 2013

In Relationship going to Single again~


Now, I’m single but not available. Haha. Mulanya, agak payah untuk aku lalui peristiwa yang kita panggil “Broke up” dengan teman istimewa (EX sudah). Bukan kali pertama, tapi berkali-kali. (Aku baru ja ? kali ek?) Everyone have exprienced it before, right? (Well, ada juga yang belumlah). Tujuan aku update kali ni, just nak legakan perasaan ni dan share pengalaman ja. Manalah tau, kot-kot, apa yang aku rasa ni dan apa yang aku taip ni, sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan kepada sapa-sapa yang tengah mengalaminya. Aisehh.

Semua yang pernah ber'couple’ ni, bukannya  sepanjang masa bahagia kan? Korang mesti pernah bertengkar kan? Tak kiralah apapun sebabnya. Tak terkecuali hubungan ‘kami’. Memang pernah! Bohonglah kalu aku kata tak pernah. Hehe. Kalau ‘kami’ bertengkar, memang dahsyat. (Ye ke?) Sampai kawan aku kata, jangan ‘couple' dengan‘dia’ tu. (Hal dulu2, kengkawan aku kenal ‘dia’ ni macam mana)

Hubungan ‘kami’ ni dalam kategori ‘cinta jarak jauh’. (Salah satu sebab utama banyak couple break) Satu lagi, sebelum ‘couple’, kitaorang ni selalu gaduh! Suka nak menyakat ja kerja. Tup-tup, hati terpaut. Kawan aku ni pernah cakap, kalu laki-perempuan salu gaduh-gaduh, nanti jadi couple dan apa yang kawan aku cakap ni jadi kenyataan. Hahaha. Aku pernah juga cakap pasal ‘gaduh-gaduh’ ni dengan abang angkat aku. Dia pun cakap tak baik gaduh-gaduh ni. (Well, abang angkat aku tahu hal yang sebenarnya~) Hehe. Oh ya, my Dad knows bout us too. Cuma Abah tak tau siapa ‘dia’ ni. (Abah cuma tahu yang aku ni ada someone ni~)

Walaupun ‘dia’ ni bukan yang pertama, aku rasa dia lah yang paling cool di antara yang sebelum ni. (Sorry, Guys!) Tapi kan, aku sendiri pun tak tahu cam mana leh jatuh hati dengan ‘dia’ ni. ‘Dia’ dapat cure hati aku selepas setahun aku menjawat status single. (Ingat nak terus kekalkan status ni sampai habis belajar, hehe) Tapi, dah hati ni terpaut, nak wat cam mana. Thanks and congrats lah kat ‘dia’ ni juga. Banyak sebab juga lah kenapa hati ini boleh ter’jatuh hati’ dengan ‘dia’. Sebab tu, aku sayang kat ‘dia’. Hehe. Okay! Rasanya, cukup-cukup lah pasal ‘dia’ ni.   

Walaupun hubungan ‘kami’ telah berakhir, hati aku ni memang rasa tak boleh terima. Tapi, nak wat cam mana, sampai di sini ja hubungan ‘kami’. Memang sedih sangat-sangat time ‘break’ ni. Air mata dah mula mengalir + tangan pun dah mula shaking bila dapat text ‘break’ ni. Tapi, tak palah. Bukan jodoh kite dengan ‘dia’. Sayang-sayang kita kat dia, kalau dah tak dapat nak diselamatkan, terpaksa juga lah kita lepaskan. Gipun, tak semua orang sempurna, begitu juga aku ni. Tak pa, Allah S.W.T yang lebih tahu kenapa begini akhirnya. So, aku dengan status terbaru ni, berazam nak tutup hati ni, sampai aku habis belajar dan dapat cari orang dapat buka pintu hati ni. Haha! Aku sebagai anak sulung nak bagi contoh baik kat adik-adik aku dan aku nak buat family bangga dengan aku.

`)/
happy face

Well, korang yang pernah melaluinya, mesti korang ada cara korang untuk atasinya, kan? Aku pun ada cara tersendiri dan aku dapat tips juga dari kengkawan, senior dan lain-lain.

Yang pertama, kenalah menghadap Yang Maha Berkuasa ( Allah S.W.T ). Sembahyang, berdoa, mengaji. Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya. Tenang jugak lah fikiran ni. Kalu ada geng tu ( kawan karib kite ), leh jugak share2. Tapi, jangan bergosip tau! ( Allah tak suka! ) ^_^

Lain2 aktiviti, aku gi makan jerr. Tapi, 2-3 tahun kebelakangan ni, aku dapat tahu, bila aku tengah sedih ke, stress ke, atau sewaktu dengannya, kalau aku gi makan2, aku akan end-up an memuntahkan makanan tu balik. Pastu, sakit. (Jadi kurus balik Haha!)

So, aku ubahlah dengan duduk diam lam bilik dan try main gitar. (Masih belajar ni, tak juga pandai-pandai petik gitar tu.) and ber’puasa’. (Kalau makan nanti, tekak aku akan rasa loya + perut tak nak terima makanan) Pastu, kalu tak dapat juga, cam biasa lah, menangis senyap-senyap. Hahaha 

Pasal barang-barangan yang ‘dia’ bagi tu, aku try nak bagi balik. Tapi, kalau dia kata simpan or buang, aku prefer simpan lah. (Aku rasa tak baik nak buang barang lah) So, aku simpan dalam kotak khas dan simpan semua barang-barang dalam tu dan letak kat lam almari or kat mana2 yang sesuailah. Sebenarnya, aku nak bagi something kat ‘dia’ ni. Tapi, end-up jadi macam ni, tak tahu pula nak buat macam mana dengan barang yang aku nak bagi ni. Hmmm.. Nantilah aku fikirkan, nak bagi ke tak? Ehe~

Tips yang senior2 aku bagi (rasanya lam blog, magazine, kat mana-manalah pun ada juga) ialah tukar nombor telefon. Aku dah buat dah tapi, tak menjadi sebab baru ingat pesan senior yang diorang cakap jangan tukar nombor tu supaya kitaorang boleh sentiasa berhubung. Jadi, penyelesaiannya adalah aku beli nombor baru. Syukurlah, dah okay. Diorang (kengkawan aku) dapat contact aku guna nombor baru tu. Nombor lama tu pula, cuma untuk senior dan family aku. (Aku dah copy kenalan aku kat SIM yang baru, hehe) Satu lagi, delete gambar-gambar masa bersama dulu. (Sanggupkah aku?) Aiseh~

Hmm. Selain tu, aku buatlah benda yang boleh buat aku happy macam tengok movie (yang happy2), tak pun, tengok Maharaja Lawak Mega tu pun okay jugak! Hahaha Salute lah kat JOZAN. ^_< Last but definitely not the least, kerja-kerja-kerja, cuba penuhkan aktiviti harian supaya tak da masa untuk terkenangkan masa dahulu dan jangan lupa pada yang Maha Esa ya.

So, ni saja dari aku kali ni. Kurang sikit rasa sedih ni. Hehe. Sekarang, aku akan teruskan hidup dengan sebaiknya. Hope yang terbaik juga buat si ‘dia’. Kepada sapa2 yang baca ni, renung2kanlah. Bersyukur apa yang kita miliki. Assalamualaikum~

p/s: kengkawan yang tahu tu, biarkan ja lah. Life must go on!

~Amal~ Si Budak Kecik

23.01.13

Saturday, January 12, 2013

Tahun Baru?

Tahun baru mesti ada azam baru, bukan?

Tahun ni, aku berazam nak berubah. (menjadi lebih baik daripada tahun yang sebelumnya)
Tahun 2013 ni lain sikit daripada tahun sebelumnya sebab tahun ni, aku sudah pun bergelar BUDAK LEPASAN SPM. So, sekarang ni, relax saja. Relaks lah jugak tapi kekadang tu boring gilerr. Ya lah tak perlu nak pi sekolah bha.. (Tak pi sekolah ni buat aku rasa rindu pulak an kengkawan aku. ehek!)

Awal tahun ni, masa Pendaftaran Sekolah (aku teman adik aku mendaftar, aku terjumpa pulak dengan diorang. Classmates, schoolmates dan jugak bekas roommates aku. Fyi, aku ni budak asrama dulu. Hehe. Best gilerr. Macam2 cerita ada. Biasalah kalau lama tak jumpa. Time tu jugak, sempat pula jumpa dengan si Dia.. Tapi, kejap ja lah. Hehe.

Aku sekarang tengah kerja. Tolong mak abah lah. Best jugak daripada tak buat apa-apa langsung time ni. Time free ni juga, ada juga belajar memandu + menunggang moto. Tapi, belum ambik test (lesen) lagi sebab nak kena tunggu Usu bayar saman dia dulu. Huhuhu. Pastu, baru dapat nak ambik lesen. Abah pesan suruh ambik lesen sama-sama.

Btw, beberapa hari yang lepas, aku ada contact dengan kengkawan aku ni. Heboh pula dengan UPU. Gara-gara UPU ni, kusut pula otak ni memikirkannya. Susah nak pilih course. Tapi, sekarang aku dah isi dan hanya mampu berdoa.

Oh ya, kebetulan pula, hari ni ulang tahun kelahiran (Birthday) adik bongsu aku : Awangku Mohd Aiman (Aie-Man) yang ke 8.. Selamat aie jadi, Man. Belajar banar-banar k.. Oppss, keluar sudah bahasa ibunda aku. ehe~

Okaylah sampai ni ja dulu. Nanti, lain hari aku update lagi.

See ya !! *wink2*

~Amal~ Si Budak Kecik



p/s: Ni adalah 2nd blog yg aku buat.. Official punya.. yang 1st tu, biarkan ja.. hehe Jumpa lagi..