Instagram




Thursday, January 24, 2013

In Relationship going to Single again~


Now, I’m single but not available. Haha. Mulanya, agak payah untuk aku lalui peristiwa yang kita panggil “Broke up” dengan teman istimewa (EX sudah). Bukan kali pertama, tapi berkali-kali. (Aku baru ja ? kali ek?) Everyone have exprienced it before, right? (Well, ada juga yang belumlah). Tujuan aku update kali ni, just nak legakan perasaan ni dan share pengalaman ja. Manalah tau, kot-kot, apa yang aku rasa ni dan apa yang aku taip ni, sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan kepada sapa-sapa yang tengah mengalaminya. Aisehh.

Semua yang pernah ber'couple’ ni, bukannya  sepanjang masa bahagia kan? Korang mesti pernah bertengkar kan? Tak kiralah apapun sebabnya. Tak terkecuali hubungan ‘kami’. Memang pernah! Bohonglah kalu aku kata tak pernah. Hehe. Kalau ‘kami’ bertengkar, memang dahsyat. (Ye ke?) Sampai kawan aku kata, jangan ‘couple' dengan‘dia’ tu. (Hal dulu2, kengkawan aku kenal ‘dia’ ni macam mana)

Hubungan ‘kami’ ni dalam kategori ‘cinta jarak jauh’. (Salah satu sebab utama banyak couple break) Satu lagi, sebelum ‘couple’, kitaorang ni selalu gaduh! Suka nak menyakat ja kerja. Tup-tup, hati terpaut. Kawan aku ni pernah cakap, kalu laki-perempuan salu gaduh-gaduh, nanti jadi couple dan apa yang kawan aku cakap ni jadi kenyataan. Hahaha. Aku pernah juga cakap pasal ‘gaduh-gaduh’ ni dengan abang angkat aku. Dia pun cakap tak baik gaduh-gaduh ni. (Well, abang angkat aku tahu hal yang sebenarnya~) Hehe. Oh ya, my Dad knows bout us too. Cuma Abah tak tau siapa ‘dia’ ni. (Abah cuma tahu yang aku ni ada someone ni~)

Walaupun ‘dia’ ni bukan yang pertama, aku rasa dia lah yang paling cool di antara yang sebelum ni. (Sorry, Guys!) Tapi kan, aku sendiri pun tak tahu cam mana leh jatuh hati dengan ‘dia’ ni. ‘Dia’ dapat cure hati aku selepas setahun aku menjawat status single. (Ingat nak terus kekalkan status ni sampai habis belajar, hehe) Tapi, dah hati ni terpaut, nak wat cam mana. Thanks and congrats lah kat ‘dia’ ni juga. Banyak sebab juga lah kenapa hati ini boleh ter’jatuh hati’ dengan ‘dia’. Sebab tu, aku sayang kat ‘dia’. Hehe. Okay! Rasanya, cukup-cukup lah pasal ‘dia’ ni.   

Walaupun hubungan ‘kami’ telah berakhir, hati aku ni memang rasa tak boleh terima. Tapi, nak wat cam mana, sampai di sini ja hubungan ‘kami’. Memang sedih sangat-sangat time ‘break’ ni. Air mata dah mula mengalir + tangan pun dah mula shaking bila dapat text ‘break’ ni. Tapi, tak palah. Bukan jodoh kite dengan ‘dia’. Sayang-sayang kita kat dia, kalau dah tak dapat nak diselamatkan, terpaksa juga lah kita lepaskan. Gipun, tak semua orang sempurna, begitu juga aku ni. Tak pa, Allah S.W.T yang lebih tahu kenapa begini akhirnya. So, aku dengan status terbaru ni, berazam nak tutup hati ni, sampai aku habis belajar dan dapat cari orang dapat buka pintu hati ni. Haha! Aku sebagai anak sulung nak bagi contoh baik kat adik-adik aku dan aku nak buat family bangga dengan aku.

`)/
happy face

Well, korang yang pernah melaluinya, mesti korang ada cara korang untuk atasinya, kan? Aku pun ada cara tersendiri dan aku dapat tips juga dari kengkawan, senior dan lain-lain.

Yang pertama, kenalah menghadap Yang Maha Berkuasa ( Allah S.W.T ). Sembahyang, berdoa, mengaji. Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya. Tenang jugak lah fikiran ni. Kalu ada geng tu ( kawan karib kite ), leh jugak share2. Tapi, jangan bergosip tau! ( Allah tak suka! ) ^_^

Lain2 aktiviti, aku gi makan jerr. Tapi, 2-3 tahun kebelakangan ni, aku dapat tahu, bila aku tengah sedih ke, stress ke, atau sewaktu dengannya, kalau aku gi makan2, aku akan end-up an memuntahkan makanan tu balik. Pastu, sakit. (Jadi kurus balik Haha!)

So, aku ubahlah dengan duduk diam lam bilik dan try main gitar. (Masih belajar ni, tak juga pandai-pandai petik gitar tu.) and ber’puasa’. (Kalau makan nanti, tekak aku akan rasa loya + perut tak nak terima makanan) Pastu, kalu tak dapat juga, cam biasa lah, menangis senyap-senyap. Hahaha 

Pasal barang-barangan yang ‘dia’ bagi tu, aku try nak bagi balik. Tapi, kalau dia kata simpan or buang, aku prefer simpan lah. (Aku rasa tak baik nak buang barang lah) So, aku simpan dalam kotak khas dan simpan semua barang-barang dalam tu dan letak kat lam almari or kat mana2 yang sesuailah. Sebenarnya, aku nak bagi something kat ‘dia’ ni. Tapi, end-up jadi macam ni, tak tahu pula nak buat macam mana dengan barang yang aku nak bagi ni. Hmmm.. Nantilah aku fikirkan, nak bagi ke tak? Ehe~

Tips yang senior2 aku bagi (rasanya lam blog, magazine, kat mana-manalah pun ada juga) ialah tukar nombor telefon. Aku dah buat dah tapi, tak menjadi sebab baru ingat pesan senior yang diorang cakap jangan tukar nombor tu supaya kitaorang boleh sentiasa berhubung. Jadi, penyelesaiannya adalah aku beli nombor baru. Syukurlah, dah okay. Diorang (kengkawan aku) dapat contact aku guna nombor baru tu. Nombor lama tu pula, cuma untuk senior dan family aku. (Aku dah copy kenalan aku kat SIM yang baru, hehe) Satu lagi, delete gambar-gambar masa bersama dulu. (Sanggupkah aku?) Aiseh~

Hmm. Selain tu, aku buatlah benda yang boleh buat aku happy macam tengok movie (yang happy2), tak pun, tengok Maharaja Lawak Mega tu pun okay jugak! Hahaha Salute lah kat JOZAN. ^_< Last but definitely not the least, kerja-kerja-kerja, cuba penuhkan aktiviti harian supaya tak da masa untuk terkenangkan masa dahulu dan jangan lupa pada yang Maha Esa ya.

So, ni saja dari aku kali ni. Kurang sikit rasa sedih ni. Hehe. Sekarang, aku akan teruskan hidup dengan sebaiknya. Hope yang terbaik juga buat si ‘dia’. Kepada sapa2 yang baca ni, renung2kanlah. Bersyukur apa yang kita miliki. Assalamualaikum~

p/s: kengkawan yang tahu tu, biarkan ja lah. Life must go on!

~Amal~ Si Budak Kecik

23.01.13

No comments:

Post a Comment