Instagram




Monday, February 3, 2014

CNY - Aku Jumpa Dia ~



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hallo. Lama dah tak post. Semenjak masuk kolej, tak da masa nak update blog aku nih. Tambahan pula, line pun tak okay sangat. Baiklah. Entri bulan ni tak lah se'best' mana pun. Just share pasal cuti Tahun Baru Cina. Hehe. Tahun ni, kami (pelatih KSKB Kuching) hanya diberikan cuti selama beberapa hari jerr. Tak lama pun.

Walau apapun, cuti CNY ni agak best bagi aku walaupun tak lama. Ni sebab aku dapat jumpa Si Dia pada tanggal 1 bulan 2 ni. Walaupun, mak abah aku ade time tu. Hehe. Kitaorang jumpa sekejap. Just nak jumpa nak bagi barang and temankan Si Dia shopping beli barang keperluan.

Kalau nak tahu, Si Dia pun sedang menyambung pelajarannya ke ILP. Si Dia di Miri dan aku pula di Kuching. Jauh bukan? Haha. Tapi, tak mengapa. FYI, kami hanya sebagai sahabat. Tak lebih dari itu . Bak kata orang " Kalau dah Jodoh, tak kan kemana pun". Kan? Hehe. So, kitaorang mula dari bawah semula. Tapi, agak lebih mesra (mungkin). TTM bah. Hehe.

Bah, rasanya setakat ini sahaja. Moga kita berjumpa. Hihi. Terima kasih kerana sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik

02.02.14


P/s :  Si Dia tinggalkan rasa sakit yang teramat sangat pada jari-jemari aku ni . Rasanya , satu minggu ni baru oke kot . Hurm . Mula rindu sama family , kengkawan dan Si Dia juga . Hope dapat jumpa lagi . Kita outing sama-sama ya . Assalamualaikum . Salam Sejahtera .

Wednesday, December 11, 2013

KEPUTUSAN PENEMPATAN TAWARAN LATIHAN SPA SESI JANUARI 2014


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!


Hai sekali lagi. Nampaknya, aku banyak post entri di awal bulan ini. Hihi. Baiklah, seperti yang korang baca, aku sebenarnya dah dapat tahu kat mana aku akan ditempatkan. Hehe.


Aku dapat kat Kuching laa. Okelah. Bukan aku sorang jerr kat tempat ni, kengkawan aku, Miss Lyana, Miss Theresa dan lain-lain pun dapat tempat latihan yang sama dengan aku ni. 

Tapi, yang malangnya, Mr. Mal , dia dapat A.H.I dan ditempatkan di Kolej Kesihatan Awam di Kuching. Cuma berlainan kolej jerr. Hurm,

“Kitak, dun worri. Kelak kamek kenalkan kitak dengan kawan kamek. Iboh sa lonely. Hehehe "

Oh ya, terima kasih kepada Mr. Mal sebab tolong inform pasal penempatan latihan ni.
Baiklah, bagi korang yang belum tahu pergi ke site nih:

Semakan Penempatan Latihan Pra Perkhidmatan Di Institusi-institusi Latihan Kementerian Kesihatan Bagi Sesi Januari 2014


Make sure korang baca kesemuanya dan download apa yang yang patut!
Bah, rasanya setakat ini sahaja. Moga kita berjumpa di lain entri. Hihi. Terima kasih kerana sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik

11.12.13

Cantik tarikh hari ni >_< Hehehe

P/s : Sekarang, aku bingung. Macam mana lah nak isi boring-borang nih? Hurm. Medical check up lagi tu. Korang, doakan aku dan kengkawan aku terus sukses ya dan selamat mendaftar serta menempuhi hidup baru di KSKB Kuching nanti. Sayang korang. Assalamualaikum.

Keputusan Temu Duga Untuk Latihan Separa Perubatan SPA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hai ! Hai ! Dan Hai sekali lagi ! Hehe . Korang dah baca kan tajuk entri aku kali ni . Entri baru di bulan terakhir di tahun 2013 . Fuhh , tak lama lagi nak masuk tahun baru . Huhu . Baiklah , kali ni aku kongsi pasal keputusan temu duga yang aku hadiri pada hujung bulan okteber yang lalu . 

Keputusan temu duga ni dijangka akan keluar pada 9 haribulan Disember 2013 . Tapi , berlaku sesuatu yang tak disangkakan .

Pada 5 haribulan Disember yang lalu , seperti biasa , jika aku ‘online’ , perkara pertama yang akan aku buat ialah buka email aku . Mana tau ada email dari kengkawan dan  lain-lain . Tup-tup , aku terima satu email dari SPA . ( Muka Excited Gilerrrr + Nervous depan Lappy !! )

“ Eh ? Result SPA dah kuar ke ? “ bisik dalam hatiku .

Setahu aku ,result akan keluar pada 9 haribulan nante .Tapi , kenapa awal ow ? Walau apapun , tahap curiousity aku dah makin naik dan aku terus click email tersebut .

Bila aku ‘click’ email , Ya ALLAH ! Terkejut betul aku dibuatnya . Alhamdulillah , aku telah berjaya dalam temuduga tersebut . Diorang tawarkan Latihan Penolong Pegawai Perubatan . Aku rasa happy sangat dan terus peluk mak !

Mak pun happy jugak .  Lepas tu , aku gitau Abah . Bersyukur betul dapat peluang macam ni . Lepas check kat email , aku terus pergi ke portal rasmi SPA . Nak kepastian lagi .  Aku masukkan nombor kad pengenalan dan waallllaaaa ! !

Alhamdulillah , keputusannya sama seperti di email tadi . Masalahnya , aku masih tak tahu di mana aku akan ditempatkan nanti . Tapi , aku rasa aku akan ditempatkan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Kuching nanti . Al – maklumlah , aku merupakan calon Sarawak seperti yang dinyatakan dalam email tadi . Hehe .



Ha ! Ni lah yang aku dapat semasa check kat portal SPA . Aku dapat latihan yang aku inginkan . Mencapai Target !

Dalam kegembiraan kerana dapat tawaran SPA , dalam hati ni terselit juga rasa sedih . Dalam kami empat sekawan ( classmates ) , kawan aku , Miss Prisillia tak dapat tawaran seperti aku dan rakan aku yang sorang lagi , Miss Lyana . Dia dicalonkan sebagai calon simpanan . Nampaknya , tinggal Miss Prisillia dan Miss Adelyn dalam meneruskan perjuangan di Tingkatan 6 hingga ke akhirnya tanpa aku dan Miss Lyana .

Kengkawan aku yang len , Mr Danial Hafiz , dll , tidak Berjaya dalam temu duga diorang . Korang , kalau korang terbaca blog / entri aku ni , korang jangan give up keyh ! Gagal sekali bukan gagal selamanya . Mungkin bukan rezeki korang kali ni . Tapi , korang boleh cuba lagi . Aku tunggu korang okayh !

Baiklah , rasanya ini sahaja buat masa ini . Harap korang terhibur . Terima kasih kerana sudi membacanya . Jumpa lagi dan Assalamualaikum .

~Amal~ Si Budak Kecik

10.12.13


P/s : Nampaknya aku akan berhenti sekolah dan tak masuk sekolah tahun depan . Jawatan aku sebagai Ketua Pengawas Perempuan Asrama terpaksa aku lepaskan . Aku juga akan rindukan kawan-kawan aku di sekolah tu . Bukan kawan-kawan saja , malah guru-guru di sekolah tersebut pun akan kurindui . Maafkan anak muridmu ini kerana tidak berjuang menghabiskan pengajian di tingkatan 6 , Cikgu . Doakan aku berjaya hingga ke akhirnya ! Assalamualaikum dan salam sejahtera .  

Thursday, October 31, 2013

Panggilan Temuduga untuk Latihan Separa Perubatan (SPA) 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Seperti yang anda baca di atas , entri kali ini mengenai temuduga untuk Latihan Separa Perubatan di bawah tajaan SPA . Hehe . Bukan senang nak dapat tau . Aku yang dapat panggilan temuduga ni rasa bersyukur sangat ( Alhamdulillah ) dan pada masa yang sama , ada la juga rasa gementar tu . Hehe . Bukan apa , ni adalah FIRST TIME aku dipanggil dan menghadiri untuk ditemuduga . Satu lagi sebab aku gementar masa nak menghadiri temuduga adalah aku tak da masa yang cukup untuk buat research mengenai latihan separa perubatan yang aku pilih . Ini semua kerana seminggu sebelum tarikh temuduga , aku mengikuti KEM KETOKOHAN MURID ASRAMA Peringkat Negeri bagi Kategori Menengah Atas Perempuan . Sibuk sangat-sangat !

Pada 31 Oktober yang lalu , aku telah menghadiri temuduga untuk Latihan Separa Perubatan . Aku telah ditawarkan 7 jenis kursus Latihan Separa Perubatan (Diploma – U29 ) :

1 . Latihan Penolong Pegawai Perubatan (PPP)
2 . Latihan Jururawat
3 . Latihan Penolong Pegawai Farmasi
4 . Latihan Juru X-ray
5 . Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
6 . Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
7 . Latihan Penolong Pegawai Persekitaran

Diorang dah inform awal-awal . Aku dapat panggilan temuduga ni melalui surat , email  dan juga SMS . Masa aku dapat tahu yang aku kena panggil untuk ditemuduga , aku cuma ada masa 2 minggu ja untuk buat persediaan . Memang gilerr lah sangat !  Tapi , excited lah juga . Bukan apa , bukan aku sorang jerr yang dipanggil untuk temuduga ni . Kengkawan aku yang lain-lain pun dapat juga . Ramai la jugak . Ehee .
Okeh ! Antara 7 kursus latihan yang ditawarkan , aku telah memilih Latihan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau lebih dikenali sebagai Medical Assistant (M.A) atau Assistant Medical Officer (AMO) atau dalam bahasa klisenya , Dressar ( Wow , gitu ! ) sebagai pilihan Pertama aku . Kemudiannya , diikuti dengan latihan Jururawat , Penolong Pegawai Farmasi , Jurulatih Perubatan Anggota dan Juru X-ray . ( Aku dapat 7 pilihan , so , kena pilih 5 – ikut borang )

Kalau nak diikutkan kata hati ni , sebenarnya , aku nak pilih Penolong Pegawai Farmasi . Sebabnya , aku minat bidang farmasi ni . Tapi , aku terpaksa korbankan dan memilih M.A . M.A pun oke jugak . Hehe .

Sebelum aku nak menghadiri Temu Duga , aku kena menghadiri peperiksaan khas . Semuanya ada tercatat di Surat Panggilan Temu Duga . Soalan dia senang jerr dan semua berkaitan dengan diri anda sendiri . Soalan yang diberikan ni tiada yang betul dan salah . Peperiksaan ni sebenarnya untuk mengenali  pasti kecenderungan kita dari segi bidang kerjaya yang kita sendiri minati . Untuk pengetahuan korang , soalan ni , aku pernah jawab soalan ni masa kat sekolah Menengah . Ujian Personaliti ( HAH ! Itu dia . Baru aku ingat ! )

Lepas peperiksaan tamat , bermulalah sesi Temu Duga ! ( Mula la , rasa gementar tahap gilerrr nak mampus ! ) Hehe . Tapi , pada hari tu , aku agak beruntung sebab aku adalah orang ke-dua yang terakhir untuk ditemuduga . Kitaorang ada 20 orang ja yang datang untuk Temu Duga tu . So, aku adalah orang yang ke-19 . Hehe , aku lambat datang sebenarnya dan nasib baik , sempat ! ( Ada traffic jam , oke ! )

Sementara menunggu giliran , aku berkenalan la dengan calon-calon yang lain . Ada kelebihan juga jika jadi antara orang yang akhir ditemuduga . Nak tau kenapa ? ( Muahahahaha ! *evil laugh jap* ) Sebabnya , kita boleh dapat ‘hint’ daripada calon yang dah ditemuduga . Lebih-lebih lagi kalau diorang ambik kursus yang sama . Tapi , masa aku pergi Interview tu , ramai yang pilih NURSE . Sikit jerr yang ambik sama dengan aku ni . Tapi , tak pa lah .

Setelah beberapa jam menunggu dan orang pun dah ramai yang balik , kini tibalah masa aku pula untuk ditemuduga ! ( KYAAAA !!!!!! Ya , Allah , berikanlah kekuatan kepada Hamba-Mu ini untuk berhadapan dengan semua ini – doa dalam hati  ) Tepat jam 2 , aku pun memasuki bilik temuduga tersebut .
Perkara yang aku buat masa tu adalah ; ( Boleh juga dijadikan TIPS untuk korang yang membaca entri aku nih – Yang bakal menghadiri Temu Duga ) hehe !

1 . Ketuk Pintu ( Pssstt , Sebenarnya , aku hampir terlupa nak ketuk pintu . Lupa den ! )
2 . Pulas tombol pintu dan masuk dengan senyuman ( jangan senyum kambing , oke ! Hehe )  dan tutup pintu dengan kemas .
3 . Ucap selamat kat penemuduga . ( Assalamualaikum ke , Selamat Pagi ke , apa-apa ja yang sesuai . Haha ! )
4 . Bagi resume dan fail anda kepada penemuduga ( Sentiasa senyum ! Tunjuk muka CONFIDENT korang ! )
5 . Jangan duduk selagi diorang tak suruh . ( Disiplin sikit )
6 . Lepas dapat duduk tu , jangan duduk macam bersantai kat umah ye . Duduk tegak dan kaki tu kalau boleh , jangan banyak bergerak !
7 . Jawab dengan yakin walaupun anda tak tahu dan berterus-terang! Sekurang-kurangnya , korang Nampak CONFIDENT !

Oke ! Tu antara tips yang aku dapat dan buat masa interview tu . Aku dapat temu duga kat PUSAT TEMU DUGA , SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA CAWANGAN SIBU . So , para penemuduga kat sana memang sempoi gilerr . Aku tak rasa nervous bila ditemuduga . Rasa tenang ja , tak da pressure walaupun aku hanya dapat buat research 11/2 hari sebelum temuduga tu . Soalan pun boleh tahan .

Oh ya ! Benda wajib yang perlu diketahui ! ( Pendapat aku jerr laa dan berdasarkan pengalaman aku ) . Korang perlu tahu ,

1 . Siapakah Menteri Kesihatan , Timbalannya dan sewaktu dengannya .
2 . Pengetahuan Am – Contohnya , bunga raya ada berapa kelopak , rukun Negara dan lain-lain
3 . Bidang tugas yang dipilih ( Macam aku , aku perlu tahu apakah tugas M.A dan sebagainya )
4 . Serba sedikit Isu Semasa ( Bajet 2014 dll )
5 . Pasal perubatan ! ( Kesihatan , fungsi organ itu , ini , dll )

Dalam erti kata lain , SEMUANYA PENTING ! So , better buat research awal-awal bak kata “Dia” Haha !

Bah , itu sahaja buat masa ni . Nanti , kalau aku ada info laen , aku akan post lagi . Semoga korang dapat manfaat daripada blog aku ni . Terima kasih kerana sudi membacanya . Jumpa lagi dan Assalamualaikum .

~Amal~ Si Budak Kecik

02.11.13


P/s : Sekarang , semuanya dah lepas . So , mood aku sekarang ialah fokus untuk STPM Semester 1 . Tapi , sementara tu , berdebar juga tunggu result temuduga nih . Ianya dijangka keluar 9 hb 12 ni . Aku berdoa sangat aku dapat nanti . Terjamin juga masa depan . Belajar-belajar dan terus kerja . Kalau dapat , aku mseti belajar sungguh-sungguh . Korang doakan aku ya . TQ . Assalamualaikum .

Saturday, May 4, 2013

Meeting My Besties ( Kami Berempat : Geng )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hai, kita bersua lagi. Rasanya ada banyak perkara yang akan berlaku pada bulan nih ( rasanya lah ) Hehe. Mana tak nya, awal bulan ni pun dah ada aktiviti. Especially, outing bersama para Sahabat aku nih. Oh ya, sekarang ni pun, hangat dengan PRU13, kan? Haizz.. POLITIK! POLITIK! Bukan tu jer, aku jugak bakal melanjutkan pengajian aku ke TINGKATAN 6. So, that's mean maybe, there's a lot of entries for this month, May. Then, you guys have to be alert on my new upcoming entries this month. Meow..

Okeh! Back to the main story, yerrr.. Hehehe.. Pada 2 Mei yang lepas, dengan bersyukurnya aku katakan bahawa hajat kami untuk berkumpul bersama ( berempat ) akhirnya tercapai jua. Sahabat aku yang sedang menjalani PLKN nih, dapat juga cuti selama 3 hari. Dengan kesempatan yang ada, kitaorang pun plan nak berjumpa.. Best gilerr..

Tempat pertemuan di SEKOLAH MENENGAH lama kitaorang. Hehe.. NAk teman cik ERA kita nih. Dia nak ambik sijil SPM die.. Sempat jugak jumpa dengan cikgu kitorang.. Bergurau lah, dan paling dahsyat! 

"Eh eh, dah kahwin kerr?"
Hahaha.. Itu cuma gurauan saja ya. Cikgu kitaorang banyak tanya pasal apa yang kitaorang buat lepas SPM nih. Sambung belajar ke? kerja ke? dll.. Hehehe..

Selepas tu, baru kitaorang jalan2 sama. Sepanjang hari, kitaorang bersama ( makan, shopping dan lain-lain )

Waktu makan tengahari lagi best, hehe.. Korang yang kenal aku nih, gerenti faham kenapa aku kata 'best'. Tabiat aku yang suka ambik gambar nih telah berjaya menangkap moment-moment gila manis ketika kami bersama.








#KakPypot #Djot #Era #Amal

Hari tu juga, aku rasa syukur sangat-sangat sebab hajat yang berkurun lamanya telah tercapai. Hajat aku nak belanja diorang makan akhirnya terlaksana. Licin habis ayam KFC tuh! Hehehe.. Sayang korang ^_~
  
Ada banyak lagi gambar2 tu. Nak tengok? Pergi la singgah kat FB patik tu ya..

Selepas makan, kitaorang pi Masjid Setia Raja kat Tibow Town nih.. Nak rehatkan kaki dan menunaikan apa yang wajib.. Kitaorang duduk rehat kat Masijd tu. Tumpang berehat di rumah Allah :)

Oh ya, sempat jugak snap2 tyme tu, 


#MissEra #Purple #MissAmal #Green
Miss You!
#KakPypot #Blue+Purple #Djah #Yellow

#Mirror
Four of Us
#KakPypot #Me #Era #Djah
Miss this moment so much!
Perkenalkan :



Ni adalah member kitaorang yang terakhir

Cik Era Fazira namanya. Dia lah yang paling rapat an aku time sekolah dulu. Sebab kitaorang budak hostel. Memang rapat. Gaduh2 pun, berbaik juga akhirnya. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung. Semua sahabat-sahabat aku ni, aku sayang tau. Aku ada banyak sahabat dan diorang nih antara member-member yang paling gilerr  baik yang pernah aku ada.

P/s : korang jangan lupa aku. Dapat kawan baru, jangan lupakan yang sedia ada nih. Sayang korang.

Baiklah, setakat ni jerr dulu. Nanti, aku update lagi. Aku tengah sibuk nak kemas barang nih. Nak balik kampung lah katakan. Mak Abah gi mengundi. Diharapkan korang yang membaca nih terhibur. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik


04.05.13

Monday, April 29, 2013

Pesta Kaul @Mukah 2013


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hi, guys. Entri kali ni mengisahkan satu perayaan yang disambut oleh Kaum Melanau yang ada di Bumi Sarawak ini. FYI, kebiasaan perayaan ni diadakan pada Bulan April. Pesta ini bertujuan untuk menjamu ‘Ipok’. Sebenarnya, aku ni tak lah pandai sangat nak terangkan perayaan ini. Korang ‘Google’ jerr kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang perayaan nih. Hihi. Tahun ni, pesta ini berlangsung dari 24 April sehingga 28 April. Official ceremony pula pada 27 April.

 Tahun ini, agak istimewa sebab, aku boleh jalan2 an kawan2. Tahun2 yang sebelumnya, aku agak sibuk dengan aktiviti sekolah. Waktu tu, bila nak pergi Kaul nih, mesti Pesta tu dah habis. TT^TT Sedih tak terhingga. Alhamdulillah, sejak bergelar Budak Lepasan SPM nih, aku dapat enjoy dengan sahabat2 aku walaupun kami agak jarang berkumpul dalam satu-dua bulan nih.

Pada 27 April [ Official ceremony ], aku dan family pun pergi ke Mukah ni. Nak tengok2 apa yang special kat Pesta Kaul. Tahun ni, kebanyakkan warga Mukah mengatakan bahawa Pesta Kaul tahun ni agak membosankan. [ Dek kerana Pilihan raya yang akan berlangsung tak lama lagi, katanye ]

Dengan kesempatan nih, kitaorang Geng [ Miss Qhadizah, Miss Afifa dan aku ] bercadang nak gi jalan sama2. Walaupun event tahun ni sedikit hambar, kitaorang jalan2 ja. Pada mulanya, kami bercadang nak berjalan ke pantai. Dek kerana cuaca yang panas terik, kami bercadang untuk bersantai di Medan Ria. Kebetulan, di Medan Ria, ada suatu pertunjukan / pertandingan autoshow. Banyak kereta dan motosikal yang dipamerkan.

Gambar2 Kereta yang sempat di snap ketika sedang bersantai di Medan Ria.


Gambar bawah ni pula, hehe. Biasa lah. Sahabat karibku.
#Miss Qhadizah #Miss Afifa



Tak lama lepas tu, kitaorang pun jalan2 kat Taman Boulevard. Kat Taman ni best, redup jerr. So, relax2 ja kat sini.

Antara gambar2 yang sempat di snap :

#Miss Afifa Bersama #Bakal Suami
Aminn :D


Sememangnya wajib ada wajah mereka berdua nih :D
Baiklah, bila dah tengahari pula, kitorang beredar ke Masjid jap. Hehe. Lepas tu, gi KFC. Lunch~ Suasana kat KFC time tu agak sesak. [ Ramai pula orang nak lunch jugak , ehee ] so, kitaorang terpaksa ‘take-away’ dan makan kat luar.

Jam 2 lepas tu, kitaorang berpisah. TT^TT Balik bha. Miss Qhadizah balik ke rumah manakala Miss Pypot pula, heee, Pergi ke Pantai [ Tapak Pesta ] bersama Bakal Suaminya.

Dan aku pula, lepak sensorang kat pasar lama sementara tunggu parents datang ambik. Sebelum tu, aku jumpa dengan sahabat lama aku, Miss Wani. Nak ambik surat yang dia simpan sebelum nih. Selain tu jugak, nak jumpa dengan Si Dia, nak bagi surat tawaran yang aku print-out untuk dia. Memei awkward gilerr..

Tapi, yang pelik tentang aku, boleh pulak aku menangis depan kedai lepas dia pergi. Bukan nangis macam budak2. Air Mata ni jerr yang menitis keluar. Bengang pula jadinya. Haizz. Astaghfirullahadzim.

Oke, sudah2 lah pasal Si Dia ni. Baiklah, lepas semua urusan tu selesai, aku pi cari parents aku. Diaorang still shopping ow. -_-“ Kebiasaan. Hehe.

Sebelum nak balik, kitorang pergi ke satu kedai di mana Mr. Mal dan Miss Afifa kerja. [ Honey Bakery ] Nak beli roti dan kek untuk dibawa pulang. Dengan kesempatan yang ada, aku lawatlah sahabat aku nih, Mr. Mal. Hari sabtu [ 27.04 ], dia terpaksa kerja. Kalau Mr. Mal off, gerenti kitorang jalan sama2 jugak. Hihi.

Keseluruhannya untuk hari tu, fuhh.. Best~ walaupun ada sedikit babak sedih dalam diri ni. Hihi. Hajat nak berkaul pun telah tertunai.

Dengan ini, setakat nih sajalah, entri untuk bulan nih. :D. Nantikan entri seterusnya di bulan Mei nih. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

P/s: Aku dapat tawaran untuk sambung pengajian ke Tingkatan Enam sesi 2013/14 baru2 ni. Jurusan Sains. Tinggal minggu ni jerr sebelum masuk sekolah 8 Mei ni nanti. Barang pula belum prepare lagi. [ I am a hostel student ] Hehe. Yang pastinya, tak sabar masuk sekolah, jumpa kengkawan. Masuk tingkatan 6 ni mungkin sementara ja kot. Tunggu keputusan UPU dan Maktab dulu. Kalau ada rezeki kat tempat lain. SO, aku akan keluar dari sekolah nih. Kalau tak de rezeki kat tempat lain, stay jerr  kat sekolah tu nanti :D 
Walau apapun, 
Doakan kejayaan saya ya. Aminn. Terima kasih sekali lagi. :D

Wassalam.

  29.04.13


Tuesday, April 23, 2013

Gitar~ Oh, Gitar!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hai! Hai! Hai! Hehe. Entri kali ini mengisahkan diriku dan gitar pertama milik ku :D

Gitar~ Sebenarnya, aku nih dah lama nak belajar main gitar nih. Cuma tak da masa. Sibuk dengan sekolah. Takut pula ganggu pelajaran. Alhamdulillah, selepas habis SPM, aku dapat belajar petik gitar ni dengan kengkawan dan juga dari YouTube dll. Waktu tu, aku pinjam gitar orang~ Hihi. Sekarang, skill aku main gitar nih, makin oukelah. Boleh main satu, dua, tiga lagu jarr. Hahaha.

Oukeh, gitar pertama aku ni, aku bagi nama Incik Gita [ saja ja, suka nama ini ]

Pertama sekali, terima kasih banyak2 kepada sahabat aku yang berasal dari SRI AMAN ni sebab dialah, aku dapat gitar nih.

"Incik Gita"
Nama sahabat aku ni ialah Muhammad Fazilah [ Fazilah Kira in FB ] Dia adalah antara kenalan aku yang aku temui ketika mengikuti Kem Santubong pada tahun 2011 dahulu. Sahabat aku ini sanggup ‘survei’ gitar-gitar yang ada di Kuching dan Sri Aman.

Akhirnya, setelah beberapa bulan [ rasa nya lah ], hatiku terpaut pada satu gitar nih. Sebenarnya ada konflik di sebalik pencarian Gitar pertama nih. Hati aku berbelah-bagi antara Gitar yang berwarna hitam dan hitam-hijau. Aku yang sangat meminati hijau sebenarnya, tidak mampu menolak untuk memilih gitar tersebut. Tapi, apakan daya, gitar hitam-hijau itu berjenama agak ‘kureng’ dan atas nasihat abah aku, aku pun memilih gitar yang berwarna hitam berkilat itu.

Hehe... Sekarang dah ada bersama aku nih :D
Gitar ni, dihantar kepada ku melalui pos [ risau hati sebenarnya nak poskan gitar nih, takut rosak pula ] Alhamdulillah, pada 19 April, Incik Gita telah selamat sampai di Pejabat Pos Mukah. Dapat panggilan dari PP.

 Yang menghairankan aku, kenapa Mukah? Kenapa tak sampai Sibu? Kebetulan pada hari itu [ 19 April ], aku bersama Pak Su dan Mak Su berada di Sibu. Sebenarnya, tujuan aku ke Sibu pada hari tu sebab nak ambik Gitar. In the End, aku terpaksa aku suruh adik perempuan aku [ yang satu-satunya ] pergi ke PP, Mukah untuk ambik gitar tuh.

Setelah diselidiki, sahabat aku tersalah information. Barang yang sepatutnya sampai ke Sibu terlajak sampai pula ke Mukah. Hehe. Tak pe, gitar tuh dah selamat.

Pada hari Ahad [ 21.04 ], kebetulan jugak time nak outing dengan Miss Qhadizah dan Miss Afifa, aku  ambik kesempatan lawat adik kat asrama dan ambik gitar tuh. Hehe. Alhamdulillah, akhirnya gitar itu sampai ke tuannya – Aku lah tu. Huhu.

Snap by my lil brother, Azizi.

Thanks, Jiji.


Gambar nih aku ada post kat FB aku. FYI, Incik Gita ni hampir serupa dengan Kak Ainan punya [ Serupa kerr? ]. Ada yang kata macam Najwa, Ainan lah~ Aku mohon sangat kat diorang tu, jangan samakan aku dengan diorang. Jadi artis tu adalah rezeki diorang, bukan? Aku main gitar ni sebab aku nak jadikan hobi di masa lapang, tempat untuk aku luahkan perasaan, hilangkan rasa bosan yang melampau. Aku cuma insan biasa. Masih belajar. Harap Maklum.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Nantikan entri seterusnya. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

  23.04.13