Instagram




Monday, April 29, 2013

Pesta Kaul @Mukah 2013


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hi, guys. Entri kali ni mengisahkan satu perayaan yang disambut oleh Kaum Melanau yang ada di Bumi Sarawak ini. FYI, kebiasaan perayaan ni diadakan pada Bulan April. Pesta ini bertujuan untuk menjamu ‘Ipok’. Sebenarnya, aku ni tak lah pandai sangat nak terangkan perayaan ini. Korang ‘Google’ jerr kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang perayaan nih. Hihi. Tahun ni, pesta ini berlangsung dari 24 April sehingga 28 April. Official ceremony pula pada 27 April.

 Tahun ini, agak istimewa sebab, aku boleh jalan2 an kawan2. Tahun2 yang sebelumnya, aku agak sibuk dengan aktiviti sekolah. Waktu tu, bila nak pergi Kaul nih, mesti Pesta tu dah habis. TT^TT Sedih tak terhingga. Alhamdulillah, sejak bergelar Budak Lepasan SPM nih, aku dapat enjoy dengan sahabat2 aku walaupun kami agak jarang berkumpul dalam satu-dua bulan nih.

Pada 27 April [ Official ceremony ], aku dan family pun pergi ke Mukah ni. Nak tengok2 apa yang special kat Pesta Kaul. Tahun ni, kebanyakkan warga Mukah mengatakan bahawa Pesta Kaul tahun ni agak membosankan. [ Dek kerana Pilihan raya yang akan berlangsung tak lama lagi, katanye ]

Dengan kesempatan nih, kitaorang Geng [ Miss Qhadizah, Miss Afifa dan aku ] bercadang nak gi jalan sama2. Walaupun event tahun ni sedikit hambar, kitaorang jalan2 ja. Pada mulanya, kami bercadang nak berjalan ke pantai. Dek kerana cuaca yang panas terik, kami bercadang untuk bersantai di Medan Ria. Kebetulan, di Medan Ria, ada suatu pertunjukan / pertandingan autoshow. Banyak kereta dan motosikal yang dipamerkan.

Gambar2 Kereta yang sempat di snap ketika sedang bersantai di Medan Ria.


Gambar bawah ni pula, hehe. Biasa lah. Sahabat karibku.
#Miss Qhadizah #Miss Afifa



Tak lama lepas tu, kitaorang pun jalan2 kat Taman Boulevard. Kat Taman ni best, redup jerr. So, relax2 ja kat sini.

Antara gambar2 yang sempat di snap :

#Miss Afifa Bersama #Bakal Suami
Aminn :D


Sememangnya wajib ada wajah mereka berdua nih :D
Baiklah, bila dah tengahari pula, kitorang beredar ke Masjid jap. Hehe. Lepas tu, gi KFC. Lunch~ Suasana kat KFC time tu agak sesak. [ Ramai pula orang nak lunch jugak , ehee ] so, kitaorang terpaksa ‘take-away’ dan makan kat luar.

Jam 2 lepas tu, kitaorang berpisah. TT^TT Balik bha. Miss Qhadizah balik ke rumah manakala Miss Pypot pula, heee, Pergi ke Pantai [ Tapak Pesta ] bersama Bakal Suaminya.

Dan aku pula, lepak sensorang kat pasar lama sementara tunggu parents datang ambik. Sebelum tu, aku jumpa dengan sahabat lama aku, Miss Wani. Nak ambik surat yang dia simpan sebelum nih. Selain tu jugak, nak jumpa dengan Si Dia, nak bagi surat tawaran yang aku print-out untuk dia. Memei awkward gilerr..

Tapi, yang pelik tentang aku, boleh pulak aku menangis depan kedai lepas dia pergi. Bukan nangis macam budak2. Air Mata ni jerr yang menitis keluar. Bengang pula jadinya. Haizz. Astaghfirullahadzim.

Oke, sudah2 lah pasal Si Dia ni. Baiklah, lepas semua urusan tu selesai, aku pi cari parents aku. Diaorang still shopping ow. -_-“ Kebiasaan. Hehe.

Sebelum nak balik, kitorang pergi ke satu kedai di mana Mr. Mal dan Miss Afifa kerja. [ Honey Bakery ] Nak beli roti dan kek untuk dibawa pulang. Dengan kesempatan yang ada, aku lawatlah sahabat aku nih, Mr. Mal. Hari sabtu [ 27.04 ], dia terpaksa kerja. Kalau Mr. Mal off, gerenti kitorang jalan sama2 jugak. Hihi.

Keseluruhannya untuk hari tu, fuhh.. Best~ walaupun ada sedikit babak sedih dalam diri ni. Hihi. Hajat nak berkaul pun telah tertunai.

Dengan ini, setakat nih sajalah, entri untuk bulan nih. :D. Nantikan entri seterusnya di bulan Mei nih. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

P/s: Aku dapat tawaran untuk sambung pengajian ke Tingkatan Enam sesi 2013/14 baru2 ni. Jurusan Sains. Tinggal minggu ni jerr sebelum masuk sekolah 8 Mei ni nanti. Barang pula belum prepare lagi. [ I am a hostel student ] Hehe. Yang pastinya, tak sabar masuk sekolah, jumpa kengkawan. Masuk tingkatan 6 ni mungkin sementara ja kot. Tunggu keputusan UPU dan Maktab dulu. Kalau ada rezeki kat tempat lain. SO, aku akan keluar dari sekolah nih. Kalau tak de rezeki kat tempat lain, stay jerr  kat sekolah tu nanti :D 
Walau apapun, 
Doakan kejayaan saya ya. Aminn. Terima kasih sekali lagi. :D

Wassalam.

  29.04.13


No comments:

Post a Comment