Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!
Hai! Hai! Hai! Hehe.
Entri kali ini mengisahkan diriku dan gitar pertama milik ku :D
Gitar~ Sebenarnya, aku
nih dah lama nak belajar main gitar nih. Cuma tak da masa. Sibuk dengan
sekolah. Takut pula ganggu pelajaran. Alhamdulillah, selepas habis SPM, aku
dapat belajar petik gitar ni dengan kengkawan dan juga dari YouTube dll. Waktu
tu, aku pinjam gitar orang~ Hihi. Sekarang, skill aku main gitar nih, makin
oukelah. Boleh main satu, dua, tiga lagu jarr. Hahaha.
Oukeh, gitar pertama aku
ni, aku bagi nama Incik Gita [ saja ja, suka nama ini ]
Pertama sekali, terima
kasih banyak2 kepada sahabat aku yang berasal dari SRI AMAN ni sebab dialah,
aku dapat gitar nih.
![]() |
"Incik Gita" |
Nama sahabat aku ni
ialah Muhammad Fazilah [ Fazilah Kira in FB ] Dia adalah antara kenalan aku
yang aku temui ketika mengikuti Kem Santubong pada tahun 2011 dahulu. Sahabat
aku ini sanggup ‘survei’ gitar-gitar yang ada di Kuching dan Sri Aman.
Akhirnya, setelah
beberapa bulan [ rasa nya lah ], hatiku terpaut pada satu gitar nih. Sebenarnya
ada konflik di sebalik pencarian Gitar pertama nih. Hati aku berbelah-bagi
antara Gitar yang berwarna hitam dan hitam-hijau. Aku yang sangat meminati
hijau sebenarnya, tidak mampu menolak untuk memilih gitar tersebut. Tapi,
apakan daya, gitar hitam-hijau itu berjenama agak ‘kureng’ dan atas nasihat
abah aku, aku pun memilih gitar yang berwarna hitam berkilat itu.
Hehe... Sekarang dah ada
bersama aku nih :D
Gitar ni, dihantar kepada
ku melalui pos [ risau hati sebenarnya nak poskan gitar nih, takut rosak pula ]
Alhamdulillah, pada 19 April, Incik Gita telah selamat sampai di Pejabat Pos
Mukah. Dapat panggilan dari PP.
Yang menghairankan aku, kenapa Mukah? Kenapa
tak sampai Sibu? Kebetulan pada hari itu [ 19 April ], aku bersama Pak Su dan
Mak Su berada di Sibu. Sebenarnya, tujuan aku ke Sibu pada hari tu sebab nak
ambik Gitar. In the End, aku terpaksa aku suruh adik perempuan aku [ yang
satu-satunya ] pergi ke PP, Mukah untuk ambik gitar tuh.
Setelah diselidiki,
sahabat aku tersalah information. Barang yang sepatutnya sampai ke Sibu
terlajak sampai pula ke Mukah. Hehe. Tak pe, gitar tuh dah selamat.
Pada hari Ahad [ 21.04
], kebetulan jugak time nak outing dengan Miss Qhadizah dan Miss Afifa,
aku ambik kesempatan lawat adik kat
asrama dan ambik gitar tuh. Hehe. Alhamdulillah, akhirnya gitar itu sampai ke
tuannya – Aku lah tu. Huhu.
Snap by my lil brother,
Azizi.
Thanks, Jiji.
Gambar nih aku ada post
kat FB aku. FYI, Incik Gita ni hampir serupa dengan Kak Ainan punya [ Serupa
kerr? ]. Ada yang kata macam Najwa, Ainan lah~ Aku mohon sangat kat diorang tu,
jangan samakan aku dengan diorang. Jadi artis tu adalah rezeki diorang, bukan?
Aku main gitar ni sebab aku nak jadikan hobi di masa lapang, tempat untuk aku
luahkan perasaan, hilangkan rasa bosan yang melampau. Aku cuma insan biasa.
Masih belajar. Harap Maklum.
Itu sahaja untuk entri kali ini. Nantikan entri seterusnya. Terima kasih
sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.
23.04.13
No comments:
Post a Comment