Instagram




Monday, April 29, 2013

Pesta Kaul @Mukah 2013


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hi, guys. Entri kali ni mengisahkan satu perayaan yang disambut oleh Kaum Melanau yang ada di Bumi Sarawak ini. FYI, kebiasaan perayaan ni diadakan pada Bulan April. Pesta ini bertujuan untuk menjamu ‘Ipok’. Sebenarnya, aku ni tak lah pandai sangat nak terangkan perayaan ini. Korang ‘Google’ jerr kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang perayaan nih. Hihi. Tahun ni, pesta ini berlangsung dari 24 April sehingga 28 April. Official ceremony pula pada 27 April.

 Tahun ini, agak istimewa sebab, aku boleh jalan2 an kawan2. Tahun2 yang sebelumnya, aku agak sibuk dengan aktiviti sekolah. Waktu tu, bila nak pergi Kaul nih, mesti Pesta tu dah habis. TT^TT Sedih tak terhingga. Alhamdulillah, sejak bergelar Budak Lepasan SPM nih, aku dapat enjoy dengan sahabat2 aku walaupun kami agak jarang berkumpul dalam satu-dua bulan nih.

Pada 27 April [ Official ceremony ], aku dan family pun pergi ke Mukah ni. Nak tengok2 apa yang special kat Pesta Kaul. Tahun ni, kebanyakkan warga Mukah mengatakan bahawa Pesta Kaul tahun ni agak membosankan. [ Dek kerana Pilihan raya yang akan berlangsung tak lama lagi, katanye ]

Dengan kesempatan nih, kitaorang Geng [ Miss Qhadizah, Miss Afifa dan aku ] bercadang nak gi jalan sama2. Walaupun event tahun ni sedikit hambar, kitaorang jalan2 ja. Pada mulanya, kami bercadang nak berjalan ke pantai. Dek kerana cuaca yang panas terik, kami bercadang untuk bersantai di Medan Ria. Kebetulan, di Medan Ria, ada suatu pertunjukan / pertandingan autoshow. Banyak kereta dan motosikal yang dipamerkan.

Gambar2 Kereta yang sempat di snap ketika sedang bersantai di Medan Ria.


Gambar bawah ni pula, hehe. Biasa lah. Sahabat karibku.
#Miss Qhadizah #Miss Afifa



Tak lama lepas tu, kitaorang pun jalan2 kat Taman Boulevard. Kat Taman ni best, redup jerr. So, relax2 ja kat sini.

Antara gambar2 yang sempat di snap :

#Miss Afifa Bersama #Bakal Suami
Aminn :D


Sememangnya wajib ada wajah mereka berdua nih :D
Baiklah, bila dah tengahari pula, kitorang beredar ke Masjid jap. Hehe. Lepas tu, gi KFC. Lunch~ Suasana kat KFC time tu agak sesak. [ Ramai pula orang nak lunch jugak , ehee ] so, kitaorang terpaksa ‘take-away’ dan makan kat luar.

Jam 2 lepas tu, kitaorang berpisah. TT^TT Balik bha. Miss Qhadizah balik ke rumah manakala Miss Pypot pula, heee, Pergi ke Pantai [ Tapak Pesta ] bersama Bakal Suaminya.

Dan aku pula, lepak sensorang kat pasar lama sementara tunggu parents datang ambik. Sebelum tu, aku jumpa dengan sahabat lama aku, Miss Wani. Nak ambik surat yang dia simpan sebelum nih. Selain tu jugak, nak jumpa dengan Si Dia, nak bagi surat tawaran yang aku print-out untuk dia. Memei awkward gilerr..

Tapi, yang pelik tentang aku, boleh pulak aku menangis depan kedai lepas dia pergi. Bukan nangis macam budak2. Air Mata ni jerr yang menitis keluar. Bengang pula jadinya. Haizz. Astaghfirullahadzim.

Oke, sudah2 lah pasal Si Dia ni. Baiklah, lepas semua urusan tu selesai, aku pi cari parents aku. Diaorang still shopping ow. -_-“ Kebiasaan. Hehe.

Sebelum nak balik, kitorang pergi ke satu kedai di mana Mr. Mal dan Miss Afifa kerja. [ Honey Bakery ] Nak beli roti dan kek untuk dibawa pulang. Dengan kesempatan yang ada, aku lawatlah sahabat aku nih, Mr. Mal. Hari sabtu [ 27.04 ], dia terpaksa kerja. Kalau Mr. Mal off, gerenti kitorang jalan sama2 jugak. Hihi.

Keseluruhannya untuk hari tu, fuhh.. Best~ walaupun ada sedikit babak sedih dalam diri ni. Hihi. Hajat nak berkaul pun telah tertunai.

Dengan ini, setakat nih sajalah, entri untuk bulan nih. :D. Nantikan entri seterusnya di bulan Mei nih. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

P/s: Aku dapat tawaran untuk sambung pengajian ke Tingkatan Enam sesi 2013/14 baru2 ni. Jurusan Sains. Tinggal minggu ni jerr sebelum masuk sekolah 8 Mei ni nanti. Barang pula belum prepare lagi. [ I am a hostel student ] Hehe. Yang pastinya, tak sabar masuk sekolah, jumpa kengkawan. Masuk tingkatan 6 ni mungkin sementara ja kot. Tunggu keputusan UPU dan Maktab dulu. Kalau ada rezeki kat tempat lain. SO, aku akan keluar dari sekolah nih. Kalau tak de rezeki kat tempat lain, stay jerr  kat sekolah tu nanti :D 
Walau apapun, 
Doakan kejayaan saya ya. Aminn. Terima kasih sekali lagi. :D

Wassalam.

  29.04.13


Tuesday, April 23, 2013

Gitar~ Oh, Gitar!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Hai! Hai! Hai! Hehe. Entri kali ini mengisahkan diriku dan gitar pertama milik ku :D

Gitar~ Sebenarnya, aku nih dah lama nak belajar main gitar nih. Cuma tak da masa. Sibuk dengan sekolah. Takut pula ganggu pelajaran. Alhamdulillah, selepas habis SPM, aku dapat belajar petik gitar ni dengan kengkawan dan juga dari YouTube dll. Waktu tu, aku pinjam gitar orang~ Hihi. Sekarang, skill aku main gitar nih, makin oukelah. Boleh main satu, dua, tiga lagu jarr. Hahaha.

Oukeh, gitar pertama aku ni, aku bagi nama Incik Gita [ saja ja, suka nama ini ]

Pertama sekali, terima kasih banyak2 kepada sahabat aku yang berasal dari SRI AMAN ni sebab dialah, aku dapat gitar nih.

"Incik Gita"
Nama sahabat aku ni ialah Muhammad Fazilah [ Fazilah Kira in FB ] Dia adalah antara kenalan aku yang aku temui ketika mengikuti Kem Santubong pada tahun 2011 dahulu. Sahabat aku ini sanggup ‘survei’ gitar-gitar yang ada di Kuching dan Sri Aman.

Akhirnya, setelah beberapa bulan [ rasa nya lah ], hatiku terpaut pada satu gitar nih. Sebenarnya ada konflik di sebalik pencarian Gitar pertama nih. Hati aku berbelah-bagi antara Gitar yang berwarna hitam dan hitam-hijau. Aku yang sangat meminati hijau sebenarnya, tidak mampu menolak untuk memilih gitar tersebut. Tapi, apakan daya, gitar hitam-hijau itu berjenama agak ‘kureng’ dan atas nasihat abah aku, aku pun memilih gitar yang berwarna hitam berkilat itu.

Hehe... Sekarang dah ada bersama aku nih :D
Gitar ni, dihantar kepada ku melalui pos [ risau hati sebenarnya nak poskan gitar nih, takut rosak pula ] Alhamdulillah, pada 19 April, Incik Gita telah selamat sampai di Pejabat Pos Mukah. Dapat panggilan dari PP.

 Yang menghairankan aku, kenapa Mukah? Kenapa tak sampai Sibu? Kebetulan pada hari itu [ 19 April ], aku bersama Pak Su dan Mak Su berada di Sibu. Sebenarnya, tujuan aku ke Sibu pada hari tu sebab nak ambik Gitar. In the End, aku terpaksa aku suruh adik perempuan aku [ yang satu-satunya ] pergi ke PP, Mukah untuk ambik gitar tuh.

Setelah diselidiki, sahabat aku tersalah information. Barang yang sepatutnya sampai ke Sibu terlajak sampai pula ke Mukah. Hehe. Tak pe, gitar tuh dah selamat.

Pada hari Ahad [ 21.04 ], kebetulan jugak time nak outing dengan Miss Qhadizah dan Miss Afifa, aku  ambik kesempatan lawat adik kat asrama dan ambik gitar tuh. Hehe. Alhamdulillah, akhirnya gitar itu sampai ke tuannya – Aku lah tu. Huhu.

Snap by my lil brother, Azizi.

Thanks, Jiji.


Gambar nih aku ada post kat FB aku. FYI, Incik Gita ni hampir serupa dengan Kak Ainan punya [ Serupa kerr? ]. Ada yang kata macam Najwa, Ainan lah~ Aku mohon sangat kat diorang tu, jangan samakan aku dengan diorang. Jadi artis tu adalah rezeki diorang, bukan? Aku main gitar ni sebab aku nak jadikan hobi di masa lapang, tempat untuk aku luahkan perasaan, hilangkan rasa bosan yang melampau. Aku cuma insan biasa. Masih belajar. Harap Maklum.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Nantikan entri seterusnya. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

  23.04.13




Hang-Out / Outing on The Weekend


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Aku kembali dengan cerita baru~ Hehe.. Baca tajuk pun korang dah tau kan? Bulan ni, lambat sikit nak update. Agak sibuk. Haha.

Baiklah setelah 10 hari berlalu [ selepas D.O.B ], aku ada peluang pula untuk menghabiskan masa satu hari [ 21.04 ] bersama sahabat-sahabat yang amat aku hargai dan sayangi iaitu Miss Qhadizah @ Hadizah dan Kak Pypot @ Miss Afifa.

Sebenarnya, perancangan ini dibuat oleh Miss Qhadizah. Alhamdulillah, semuanya berjalan agak lancar. Kitaorang bertemu di kedai di mana Miss Afifa bekerja. [ Hari Ahad, Miss Afifa off ] Pada hari tu, aku datang ke kedai tersebut kira-kira jam 9. Astaghfirullahazim, dekat 1 jam menunggu kedatangan Miss Afifa. Hehe. 

Walau apapun ada juga yang sudi menemani aku sementara menunggu kedatangan Miss Qhadizah dan Miss Afifa. Kenalan FB dan Twitter, Mr. Mal [Nickname aku sama dengan dia,‘Mal’]– Terima kasih, kitak :D

Mr. Mal, pada ketika itu sedang bekerja. Sekali-sekala, Dia akan menjenguk aku. Hilang jugak lah rasa nervous tunggu sahabat2 aku nih. Akhirnya, lebih kurang 45 minit menunggu, Miss Qhadizah pun datang. Berbaju biru. Itulah dia, Miss Qhadizah. Tidak lama kemudian, Miss Afifa pun sampai jugak. Senyuman aku pula semakin lebar dek kerana sahabat2 aku sampai ke destinasi dengan selamat :D

Berbual sebentar~ Dan kami teruskan perjalanan kami ke Medan Ria, Mukah [ Tempat biasa untuk bersantai ]
Ketika sedang berbual-bual [ biasalah jarang dapat kumpul macam ni ], sempat jugak nak snap2 nih..

Tak leh tak tengok Handphone

Errrr... Haha.. Check Handphone kawan jap

Si Manis :D

Bila dah kering tekak tuh, ABC Milo menjadi santapan [ Pagi-pagi dah makan benda2 yang sejuk ] Perghh! Bukan selalu pun.

ABC MILO @MedanRia

Baiklah, selepas perut nih penuh an cecair [ Abc Milo ], kitaorang pun gi jalan2 kat pasar tu. Jalan-jalan-jalan.. Tup-tup, kitaorang bercadang nak pi pantai [ Nak tengok persiapan Tapak Pesta Kaul yang akan berlangsung 24 – 28 April nih ]

Antara jalan yang kami lalui,
 Laluan Kubur Cina



Model? Hihi

Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi yang dituju. Walaupun, destinasi yang dituju ni, tidak dekat atau jauh sangat, sekurang-kurang kitaorang happy sebab dapat spend time sama2.

Dengan cuaca yang panas, kitaorang jalan kaki jerr.. Fuhh.. Nak tercabut jerr kaki nih. Hehe. Dah penat berjalan tuh, rehat lerr. Kitaorang duduk rehat kat sebuah pondok kecik. Haha. Golongan kitaorang nih, mesti nak snap2 juga.

Antara gelagat yg sempat di snap masa kat Tapak Kaul:





Dan yang paling special bagi aku ialah gambar bawah ni :


Cantik tak? Sabar menunggu 10 saat.. Pakai timer -_-“ huhu..
Thanks for the day, guys. Korang sememangnya sahabat yang “Cool” dan “Sporting” yang pernah aku ada :D

Alhamdulillah. Siap juga entri kali nih. Nantikan entri seterusnya. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik

23.04.13


Sunday, April 14, 2013

April – Me as the Birthday Girl


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Bulan April adalah antara bulan yang paling aku sukai. Hehe. Ada sebabnya. Salah satunya, Abah aku lahir pada bulan April iaitu pada 1 haribulan April. [ Selamat Ulangtahun Kelahiran Abah! MABU! ] Hehe. Bukan itu sahaja ya. Ada satu tarikh lagi iaitu 11 haribulan April.

11 April. That’s was my D.O.B ( Date of Birth )Tahun 2013 nih, meningkat lagi umur Si Budak Kecik ini. Umur dah meningkat, masalahnya, perangai nih dan rupanya masih tak berubah. “Masih seperti Budak Sekolah Rendah walaupun dah tua” sindir Sahabatku. :D

Meh, aku ceritakan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Hari Kelahiran aku tahun ini.

10 April 2013

Pada 10 April, ada sorang sahabat aku nih, tetiba ‘text’ dan bertanya,

“Oit, bday ko ka ri towk?”

Hahaha.. Reaksi semasa membaca ‘text’ sahabat ni adalah hanya mampu tersenyum. Tak lama lepas tu ketawa. Rupa-rupanya, sahabat aku ni, keliru dengan tarikh kelahiran aku nih.

Walau apapun, she’s the first person yang ucapkan “Happy Birthday” walaupun awal sehari. Terima kasih, Sabahataku iaitu Miss Qhadizah Talip

Malam tu jugak dapat hadiah dari Pak Usu. Awalnya~ Hehe.. Terima kasih, Pak Su dan Mak Su.

Hari seterusnya,

11 April 2013

Tepat 12.00 tengah malam, genap 18 tahun, ada seorang seorang kenalan FB mengucapkan “Selamat Hari Jadi” kepada ku. Harus ku akui, dia adalah lelaki yang pertama yang ‘wish’ kat aku pada malam itu, [ bagaikan hadiah Hari Jadi buatku ] dan diikuti oleh Abang Angkatku, Oniichan. Thanks, guys. Di tengah malam itu juga, my beloved Mum pun ucapkan “Selamat Ulangtahun Kelahiran” kepada aku. Terima kasih, Mak :* on my mum’s cheek. Hehe

Nak cerita pasal kenalan FB aku ini. Sebenarnya, aku mula mengenali kenalan ini di laman sosial Twitter. Setelah itu, kenalan ini menambah aku sebagai kenalan di laman sosial Facebook. Dari situlah kami mula berkenalan dengan lebih mendalam. Hehe. Syukur, Alhamdulillah, Persahabatan kami kekal sampai sekarang. ( He’s cool, you know ! )

Sahabat sorang lagi Miss Afifa ‘wish’ masa subuh tu :D. Pagi itu, Abah, Pak Usu dan semuanya ‘wish’ kat aku. Kenalan kat FB, Twitter pun banyak wish kat aku. Thanks, korang.

Pada hari ni ( 11 April ), tiada sambutan. Aku pula tak expect pun bday cake ker, majlis ker, apa2 ja lha. Dengar orang ‘wish’ birthday aku kat aku pun dah cukup. Syukur. Sekurang-kurangnya, orang yang aku sayangi iaitu Mak, Abah, Sahabat2 dan Si Dia ada ‘wish’ kat aku. Syukur sangat2.

Hari ini, aku sedar yang aku dah hidup selama 18 tahun. Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih bagi peluang kat aku untuk harungi hidup nih. Terima kasih, YA Allah. HambaMu ini amat berterima kasih kepadaMu.
Umur dah meningkat nih buat aku nak bergiat untuk memperkasakan diriku dalam menjalani hidupku sebagai umat Islam yang sejati. Kalau dulu aku seorang yang ‘free-hair’ sekarang ni pula, aku telah mula belajar untuk menutup aurat. Solat 5 waktu sehari semalam dipenuhi. InsyaAllah. Aku pasti boleh lakukan. Aminn~

Baiklah, hari seterusnya,

12 April 2013

Selepas mengharungi sehari dengan Title “Birthday Girl”, hari ni, genap umurku 18 tahun 1 hari. Hehe. Hari Jumaat, [ kebetulan minggu balik kampung ] adik perempuan aku meminta Abah mengambilnya ke sekolah pada waktu petang. [ balik lewat sebab ada latihan Choral Speaking ] So, Abah dan Mak pun pergi ‘Tibow Town’ untuk ambik adik.

Agak lewat juga, diorang balik pada malam tu. Tepat jam 8 ( rasa2 nya lah ) tiba-tiba, Mak dan Abah keluar dari bilik dengan membawa sebiji Kek.
Ya Allah, memang terkejut sebab tak sangka betul yang Abah dan Mak sanggup beli kek hari jadi untuk anak mereka yang Sulung nih. Memang satu kejutan yang tak disangkakan :D Terima kasih Mak, Abah.
Malam tu, aku share kek tu dengan kengkawan aku dan lain2. Agak besar jugak lah kek tersebut :D

"Dayangku Nur Amalina"

Akhirnya, malam tu jugak, Pak Su dan Abah bercadang nak buat Karaoke kat luar rumah untuk keesokan harinya. Memang best! Terima kasih lah kepada keluarga aku nih. Memang happening and sporting gilerr.

Baiklah, tu sajalah cerita buat masa ni. Diharapkan korang yang membaca nih terhibur. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

P/s : Aku dan Si Dia nampaknya hanya menjadi TTM sahaja buat masa ni. I give him more time to think bout our relationship. Aku pula, steady jerr. Tak mati pun, kalau single. Aku ada Allah, keluarga dan sahabat2 bersama2 ku. Smile always.

~Amal~ Si Budak Kecik

14.04.13

Monday, April 8, 2013

Konsert Astro Fiesta Mesra Belia Mukah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua~

Fuhh.. Akhirnya dapat jugak kemaskini blog ni. Hehe. Kebelakangan ni sibuk sikit ( sibuk la sangat! )

Ouke, cerita yang aku nak kongsi awal bulan ni ialah pasal konsert yang berlaku di kawasan aku baru-baru nih. At Tibow town ( Mukah, Sarawak ). Sebenarnya, konsert nih, berlangsung selama tiga hari, rasanya lah. Well, aku Cuma dapat pergi Mukah pada malam Hari ke Dua konsert tu berlangsung – 06.04.13 [Kebetulan, hari Ulang tahun kelahiran Atok aku juga :) ].

Ni gambar-gambar sebelum berangkat ke Mukah :

"My Aunt and Uncle"
- Bagaikan Kak Ros dan adik-adiknya, Upin dan Ipin -
Kira beruntung jugaklah dapat pergi ke konsert tuh. Sebab, dapat jumpa an artis yang menjadi pujaan hati aku nih. Hehe. Antara artis yang ada pada malam tu adalah, Abang BOB (AF), CAT FARISH, TIGA SWAGGER, JINBARA dan banyak lagi.  

Memang gempak jugaklah malam tu. Sporting gilerr orang Mukah nih.  Hehe. Ramai yang datang. Oh ya, sebelum konsert Astro ni mula, aku an family pergi makan. So, kitaorang pergi gerai makanan yang ada kat situ. Kebetulan, terjumpalah pula sahabat aku sorang nih, Miss Afifa Afiza. Rupa-rupanya, dia tolong mak dia jaga gerai kat sana. Malam tu, plan nak jalan bersama tetapi, apakan daya, orang ramai datang. So, memang sibuk. Selain Miss Afifa, aku terjumpa pulak an classmates dulu : Muhammad Suffian, Mohd Imran Jamali dan lain-lain.

Malam tu, memang best ( terutama bila dapat luangkan bersama orang yang kita sayang ) Hehe :D
Syukur, Alhamdulillah, malam tu, memang malam yang istimewa buat aku nih. Di sebalik Konsert Astro nih, terselit kisah Aku dan Dia ( Cewaahh! Haha ). Btw, aku nak ceritakan kisah Konsert ni dulu, sebenarnya, aku ni taklah berada sepenuh masa di Konsert tu. Aku cuma ada kat konsert tu masa nak mula, then muncul balik bila JINBARA buat persembahan ( Si Dia – Peminat JINBARA ) hingga tamat.

Memang MERIAH gilerr. Semasa Jinbara buat persembahan, Abah dan Pak Usu sempat bersalam-salaman dengan vokalis band tuh. Seronoknya bagi diorang. Masa tu, aku berada agak jauh sedikit daripada tempat Famili aku. Diorang dari awal dah berada berhampiran pentas dan Aku pula... Hahaha.. ( Merayau kat sekitar kawasan Konsert tu ) Tapi, lagu diorang tetap juga boleh kedengaran walaupun aku berada agak jauh dari tempat konsert tu.

Bila persembahan dah nak habis, semua artis-artis jemputan berkumpul semula di atas pentas. Dengan kesempatan masa yang ada, kitaorang ( aku dan Si Dia ) pergi berhampiran pentas. Keluar phone and snap2.

  Ni lah hasilnya :



Ada banyak lagi, kalu nak tengok, pergi kat Facebook aku - Nur Amalina 

Hehe. In the end, kitaorang terpisah. Si Dia pergi ke sebelah kiri pentas dan aku pula pergi ke sebelah kanan pentas.

Hehe. Nak tahu kenapa aku pergi ke sebelah kanan pentas..

Inilah sebabnya :

My Idol! 
Haha. Best dapat jumpa an Abang BOB. Syukur, Alhamdulillah dapat jumpa dekat macam ni - Depan Mata. Selama nih, aku dapat lihat dari kaca TV dan last time jumpa, masa Abang BOB buat persembahan kat Lawas tahun lepas. Tu pun, tak sedekat ini. Hehe. Aku bangga an Abang BOB sebab dia orang SARAWAK dan dia friendly sangat. Hajat nak bersalaman an Abang BOB pun tercapai jugak pada malam tu. Senyum sampai ke telinga. Haha.

Abah pun sempat ambik gambar berdua bersama Abang BOB kat pentas.

Kenalan :) Warga Lawas n Limbang
Lepas show dah habis, Mak Usu, Pak Usu dan aku ambik kesempatan pergi ke belakang pentas. Nak jumpa Abang BOB. Nak ambik Gambar! Untunglah tak ramai sangat orang masa tu. Hehe.

My Auntie, Abang BOB and Me!
Abang BOB and Me - Kiut tak kitaorang :)
 
Ambik gambar bersama Uncle.. err.. Abang? Cat Farish :) Hehehe
Well, that’s my story~ Hahaha.. Malam tu, pulang dengan senyuman [ Nasib, tak gila, haha ]
 Lepas tu, update kat Fb terus + Twitter. Hehe. Nak ber'Instagram'? Hurmm.. [Malaslah Pula, Haha]

Sebelum tu, nih :

"Betul ke tak?" - Hehe
Keychain ni Dia bagi kat aku. Malam tu, memang tak sangka yang Dia akan kembali. So, nak ucapkan terima kasih sangat2 kat Dia ni sebab buat surprise gilerr masa tu. Masa Dia bagi keychain tu, tak pasal2 air mata ni menitis. Ish, buat malu ja. Haha ( Terharu sebenarnya! ) Gara2 Dia nih juga, aku tak tengok keseluruhan konsert tuh. Hehe. Sebab teman Dia jalan2 jap. Tak kisah pun. Walau apapun, aku hargainya. Nampaknya, tak sia-sia aku tunggu. Harap ni akan berterusan ke arah yang lebih baik dan berkekalan dengan izin Allah S.W.T. Doakan kitaorang keyh? Aminn

Baiklah, tu sajalah cerita buat masa ni. Diharapkan korang yang membaca nih terhibur. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik

08.04.13