Instagram




Monday, April 8, 2013

Konsert Astro Fiesta Mesra Belia Mukah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua~

Fuhh.. Akhirnya dapat jugak kemaskini blog ni. Hehe. Kebelakangan ni sibuk sikit ( sibuk la sangat! )

Ouke, cerita yang aku nak kongsi awal bulan ni ialah pasal konsert yang berlaku di kawasan aku baru-baru nih. At Tibow town ( Mukah, Sarawak ). Sebenarnya, konsert nih, berlangsung selama tiga hari, rasanya lah. Well, aku Cuma dapat pergi Mukah pada malam Hari ke Dua konsert tu berlangsung – 06.04.13 [Kebetulan, hari Ulang tahun kelahiran Atok aku juga :) ].

Ni gambar-gambar sebelum berangkat ke Mukah :

"My Aunt and Uncle"
- Bagaikan Kak Ros dan adik-adiknya, Upin dan Ipin -
Kira beruntung jugaklah dapat pergi ke konsert tuh. Sebab, dapat jumpa an artis yang menjadi pujaan hati aku nih. Hehe. Antara artis yang ada pada malam tu adalah, Abang BOB (AF), CAT FARISH, TIGA SWAGGER, JINBARA dan banyak lagi.  

Memang gempak jugaklah malam tu. Sporting gilerr orang Mukah nih.  Hehe. Ramai yang datang. Oh ya, sebelum konsert Astro ni mula, aku an family pergi makan. So, kitaorang pergi gerai makanan yang ada kat situ. Kebetulan, terjumpalah pula sahabat aku sorang nih, Miss Afifa Afiza. Rupa-rupanya, dia tolong mak dia jaga gerai kat sana. Malam tu, plan nak jalan bersama tetapi, apakan daya, orang ramai datang. So, memang sibuk. Selain Miss Afifa, aku terjumpa pulak an classmates dulu : Muhammad Suffian, Mohd Imran Jamali dan lain-lain.

Malam tu, memang best ( terutama bila dapat luangkan bersama orang yang kita sayang ) Hehe :D
Syukur, Alhamdulillah, malam tu, memang malam yang istimewa buat aku nih. Di sebalik Konsert Astro nih, terselit kisah Aku dan Dia ( Cewaahh! Haha ). Btw, aku nak ceritakan kisah Konsert ni dulu, sebenarnya, aku ni taklah berada sepenuh masa di Konsert tu. Aku cuma ada kat konsert tu masa nak mula, then muncul balik bila JINBARA buat persembahan ( Si Dia – Peminat JINBARA ) hingga tamat.

Memang MERIAH gilerr. Semasa Jinbara buat persembahan, Abah dan Pak Usu sempat bersalam-salaman dengan vokalis band tuh. Seronoknya bagi diorang. Masa tu, aku berada agak jauh sedikit daripada tempat Famili aku. Diorang dari awal dah berada berhampiran pentas dan Aku pula... Hahaha.. ( Merayau kat sekitar kawasan Konsert tu ) Tapi, lagu diorang tetap juga boleh kedengaran walaupun aku berada agak jauh dari tempat konsert tu.

Bila persembahan dah nak habis, semua artis-artis jemputan berkumpul semula di atas pentas. Dengan kesempatan masa yang ada, kitaorang ( aku dan Si Dia ) pergi berhampiran pentas. Keluar phone and snap2.

  Ni lah hasilnya :



Ada banyak lagi, kalu nak tengok, pergi kat Facebook aku - Nur Amalina 

Hehe. In the end, kitaorang terpisah. Si Dia pergi ke sebelah kiri pentas dan aku pula pergi ke sebelah kanan pentas.

Hehe. Nak tahu kenapa aku pergi ke sebelah kanan pentas..

Inilah sebabnya :

My Idol! 
Haha. Best dapat jumpa an Abang BOB. Syukur, Alhamdulillah dapat jumpa dekat macam ni - Depan Mata. Selama nih, aku dapat lihat dari kaca TV dan last time jumpa, masa Abang BOB buat persembahan kat Lawas tahun lepas. Tu pun, tak sedekat ini. Hehe. Aku bangga an Abang BOB sebab dia orang SARAWAK dan dia friendly sangat. Hajat nak bersalaman an Abang BOB pun tercapai jugak pada malam tu. Senyum sampai ke telinga. Haha.

Abah pun sempat ambik gambar berdua bersama Abang BOB kat pentas.

Kenalan :) Warga Lawas n Limbang
Lepas show dah habis, Mak Usu, Pak Usu dan aku ambik kesempatan pergi ke belakang pentas. Nak jumpa Abang BOB. Nak ambik Gambar! Untunglah tak ramai sangat orang masa tu. Hehe.

My Auntie, Abang BOB and Me!
Abang BOB and Me - Kiut tak kitaorang :)
 
Ambik gambar bersama Uncle.. err.. Abang? Cat Farish :) Hehehe
Well, that’s my story~ Hahaha.. Malam tu, pulang dengan senyuman [ Nasib, tak gila, haha ]
 Lepas tu, update kat Fb terus + Twitter. Hehe. Nak ber'Instagram'? Hurmm.. [Malaslah Pula, Haha]

Sebelum tu, nih :

"Betul ke tak?" - Hehe
Keychain ni Dia bagi kat aku. Malam tu, memang tak sangka yang Dia akan kembali. So, nak ucapkan terima kasih sangat2 kat Dia ni sebab buat surprise gilerr masa tu. Masa Dia bagi keychain tu, tak pasal2 air mata ni menitis. Ish, buat malu ja. Haha ( Terharu sebenarnya! ) Gara2 Dia nih juga, aku tak tengok keseluruhan konsert tuh. Hehe. Sebab teman Dia jalan2 jap. Tak kisah pun. Walau apapun, aku hargainya. Nampaknya, tak sia-sia aku tunggu. Harap ni akan berterusan ke arah yang lebih baik dan berkekalan dengan izin Allah S.W.T. Doakan kitaorang keyh? Aminn

Baiklah, tu sajalah cerita buat masa ni. Diharapkan korang yang membaca nih terhibur. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik

08.04.13


No comments:

Post a Comment