Instagram




Tuesday, April 23, 2013

Hang-Out / Outing on The Weekend


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!

Aku kembali dengan cerita baru~ Hehe.. Baca tajuk pun korang dah tau kan? Bulan ni, lambat sikit nak update. Agak sibuk. Haha.

Baiklah setelah 10 hari berlalu [ selepas D.O.B ], aku ada peluang pula untuk menghabiskan masa satu hari [ 21.04 ] bersama sahabat-sahabat yang amat aku hargai dan sayangi iaitu Miss Qhadizah @ Hadizah dan Kak Pypot @ Miss Afifa.

Sebenarnya, perancangan ini dibuat oleh Miss Qhadizah. Alhamdulillah, semuanya berjalan agak lancar. Kitaorang bertemu di kedai di mana Miss Afifa bekerja. [ Hari Ahad, Miss Afifa off ] Pada hari tu, aku datang ke kedai tersebut kira-kira jam 9. Astaghfirullahazim, dekat 1 jam menunggu kedatangan Miss Afifa. Hehe. 

Walau apapun ada juga yang sudi menemani aku sementara menunggu kedatangan Miss Qhadizah dan Miss Afifa. Kenalan FB dan Twitter, Mr. Mal [Nickname aku sama dengan dia,‘Mal’]– Terima kasih, kitak :D

Mr. Mal, pada ketika itu sedang bekerja. Sekali-sekala, Dia akan menjenguk aku. Hilang jugak lah rasa nervous tunggu sahabat2 aku nih. Akhirnya, lebih kurang 45 minit menunggu, Miss Qhadizah pun datang. Berbaju biru. Itulah dia, Miss Qhadizah. Tidak lama kemudian, Miss Afifa pun sampai jugak. Senyuman aku pula semakin lebar dek kerana sahabat2 aku sampai ke destinasi dengan selamat :D

Berbual sebentar~ Dan kami teruskan perjalanan kami ke Medan Ria, Mukah [ Tempat biasa untuk bersantai ]
Ketika sedang berbual-bual [ biasalah jarang dapat kumpul macam ni ], sempat jugak nak snap2 nih..

Tak leh tak tengok Handphone

Errrr... Haha.. Check Handphone kawan jap

Si Manis :D

Bila dah kering tekak tuh, ABC Milo menjadi santapan [ Pagi-pagi dah makan benda2 yang sejuk ] Perghh! Bukan selalu pun.

ABC MILO @MedanRia

Baiklah, selepas perut nih penuh an cecair [ Abc Milo ], kitaorang pun gi jalan2 kat pasar tu. Jalan-jalan-jalan.. Tup-tup, kitaorang bercadang nak pi pantai [ Nak tengok persiapan Tapak Pesta Kaul yang akan berlangsung 24 – 28 April nih ]

Antara jalan yang kami lalui,
 Laluan Kubur Cina



Model? Hihi

Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi yang dituju. Walaupun, destinasi yang dituju ni, tidak dekat atau jauh sangat, sekurang-kurang kitaorang happy sebab dapat spend time sama2.

Dengan cuaca yang panas, kitaorang jalan kaki jerr.. Fuhh.. Nak tercabut jerr kaki nih. Hehe. Dah penat berjalan tuh, rehat lerr. Kitaorang duduk rehat kat sebuah pondok kecik. Haha. Golongan kitaorang nih, mesti nak snap2 juga.

Antara gelagat yg sempat di snap masa kat Tapak Kaul:





Dan yang paling special bagi aku ialah gambar bawah ni :


Cantik tak? Sabar menunggu 10 saat.. Pakai timer -_-“ huhu..
Thanks for the day, guys. Korang sememangnya sahabat yang “Cool” dan “Sporting” yang pernah aku ada :D

Alhamdulillah. Siap juga entri kali nih. Nantikan entri seterusnya. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.

~Amal~ Si Budak Kecik

23.04.13


1 comment:

  1. T-Shirt.com / Titanium Hair Clipper - Classic Classic Brands
    T-Shirt.com titanium hoop earrings / titanium easy flux 125 amp welder Titanium Hair Clipper. $79.99. T-Shirt.com. T-Shirt.com titanium bar stock / Titanium implant grade titanium earrings Hair Clipper. 출장안마 $49.99. T-Shirt.com / Titanium Hair Clipper. $49.99.

    ReplyDelete