Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera!
Bulan April adalah
antara bulan yang paling aku sukai. Hehe. Ada sebabnya. Salah satunya, Abah aku
lahir pada bulan April iaitu pada 1 haribulan April. [ Selamat Ulangtahun
Kelahiran Abah! MABU! ] Hehe. Bukan itu sahaja ya. Ada satu tarikh lagi iaitu
11 haribulan April.
11 April. That’s was my
D.O.B ( Date of Birth )Tahun 2013 nih, meningkat lagi umur Si Budak Kecik ini.
Umur dah meningkat, masalahnya, perangai nih dan rupanya masih tak berubah.
“Masih seperti Budak Sekolah Rendah walaupun dah tua” sindir Sahabatku. :D
Meh, aku ceritakan apa
yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Hari Kelahiran aku tahun ini.
10 April 2013
Pada 10 April, ada
sorang sahabat aku nih, tetiba ‘text’ dan bertanya,
“Oit, bday ko ka ri
towk?”
Hahaha.. Reaksi semasa
membaca ‘text’ sahabat ni adalah hanya mampu tersenyum. Tak lama lepas tu
ketawa. Rupa-rupanya, sahabat aku ni, keliru dengan tarikh kelahiran aku nih.
Walau apapun, she’s the
first person yang ucapkan “Happy Birthday” walaupun awal sehari. Terima kasih,
Sabahataku iaitu Miss Qhadizah Talip
Malam tu jugak dapat
hadiah dari Pak Usu. Awalnya~ Hehe.. Terima kasih, Pak Su dan Mak Su.
Hari seterusnya,
11 April 2013
Tepat 12.00 tengah
malam, genap 18 tahun, ada seorang seorang kenalan FB mengucapkan “Selamat Hari
Jadi” kepada ku. Harus ku akui, dia adalah lelaki yang pertama yang ‘wish’ kat
aku pada malam itu, [ bagaikan hadiah Hari Jadi buatku ] dan diikuti oleh Abang
Angkatku, Oniichan. Thanks, guys. Di tengah malam itu juga, my beloved Mum pun
ucapkan “Selamat Ulangtahun Kelahiran” kepada aku. Terima kasih, Mak :* on my
mum’s cheek. Hehe
Nak cerita pasal kenalan
FB aku ini. Sebenarnya, aku mula mengenali kenalan ini di laman sosial Twitter.
Setelah itu, kenalan ini menambah aku sebagai kenalan di laman sosial Facebook.
Dari situlah kami mula berkenalan dengan lebih mendalam. Hehe. Syukur,
Alhamdulillah, Persahabatan kami kekal sampai sekarang. ( He’s cool, you know !
)
Sahabat sorang lagi Miss
Afifa ‘wish’ masa subuh tu :D. Pagi itu, Abah, Pak Usu dan semuanya ‘wish’ kat
aku. Kenalan kat FB, Twitter pun banyak wish kat aku. Thanks, korang.
Pada hari ni ( 11 April
), tiada sambutan. Aku pula tak expect pun bday cake ker, majlis ker, apa2 ja
lha. Dengar orang ‘wish’ birthday aku kat aku pun dah cukup. Syukur. Sekurang-kurangnya,
orang yang aku sayangi iaitu Mak, Abah, Sahabat2 dan Si Dia ada ‘wish’ kat aku.
Syukur sangat2.
Hari ini, aku sedar yang
aku dah hidup selama 18 tahun. Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih bagi
peluang kat aku untuk harungi hidup nih. Terima kasih, YA Allah. HambaMu ini
amat berterima kasih kepadaMu.
Umur dah meningkat nih
buat aku nak bergiat untuk memperkasakan diriku dalam menjalani hidupku sebagai
umat Islam yang sejati. Kalau dulu aku seorang yang ‘free-hair’ sekarang ni
pula, aku telah mula belajar untuk menutup aurat. Solat 5 waktu sehari semalam
dipenuhi. InsyaAllah. Aku pasti boleh lakukan. Aminn~
Baiklah, hari
seterusnya,
12 April 2013
Selepas mengharungi
sehari dengan Title “Birthday Girl”, hari ni, genap umurku 18 tahun 1 hari.
Hehe. Hari Jumaat, [ kebetulan minggu balik kampung ] adik perempuan aku
meminta Abah mengambilnya ke sekolah pada waktu petang. [ balik lewat sebab ada
latihan Choral Speaking ] So, Abah dan Mak pun pergi ‘Tibow Town’ untuk ambik
adik.
Agak lewat juga, diorang
balik pada malam tu. Tepat jam 8 ( rasa2 nya lah ) tiba-tiba, Mak dan Abah
keluar dari bilik dengan membawa sebiji Kek.
Ya Allah, memang
terkejut sebab tak sangka betul yang Abah dan Mak sanggup beli kek hari jadi
untuk anak mereka yang Sulung nih. Memang satu kejutan yang tak disangkakan :D
Terima kasih Mak, Abah.
Malam tu, aku share kek
tu dengan kengkawan aku dan lain2. Agak besar jugak lah kek tersebut :D
![]() |
"Dayangku Nur Amalina" |
Akhirnya, malam tu
jugak, Pak Su dan Abah bercadang nak buat Karaoke kat luar rumah untuk keesokan
harinya. Memang best! Terima kasih lah kepada keluarga aku nih. Memang
happening and sporting gilerr.
Baiklah, tu sajalah cerita buat masa ni. Diharapkan korang yang membaca nih
terhibur. Terima kasih sebab sudi membacanya. Jumpa lagi dan Assalamualaikum.
P/s : Aku dan Si Dia nampaknya hanya menjadi TTM sahaja buat masa ni. I
give him more time to think bout our relationship. Aku pula, steady jerr. Tak
mati pun, kalau single. Aku ada Allah, keluarga dan sahabat2 bersama2 ku. Smile
always.
~Amal~ Si Budak Kecik
14.04.13
No comments:
Post a Comment